Saya Akan Bertudung Kerana ALLAH, Bukan Kerana PAS!! - @NingDalton @Abby_Abadi112 @HairieOthman

Maya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Ning Baizura kerana berani bersuara bila difitnah untuk kepentingan politik sebuah parti yang semakin galak 'merekrut' artis2 bagi memenuhkan kantung dana pilihanraya mereka. Semuanya kerana KUASA, usah lagi berselindung di sebalik nama ISLAM yang syumul. 

Maya percaya artis2 yang bijak seperti Ning tidak cukup terdesak hinggakan sanggup menjadi 'lembu promosi' mana-mana parti politik. Bakat anugerah ALLAH boleh sesiapa sahaja jadikan medium dakwah mengajak manusia ke jalan kebaikan, tidak semestinya merengek di atas pentas ceramah politik yang berselang-seli maki hamun kepada sesama ummat - seperti Abby Abadi, Hairie & Yatt Hamzah. 

Maher Zain & Yusoff Islam (Catt Steven) berdakwah juga, tapi tidaklah atas pentas politik mana-mana kumpulan yang kemaruk kuasa. Baca juga pendapat Maya--> DI SINI (klik!)



Ning Baizura Selar Fitnah Oleh Pemimpin PAS


SELEBRITI menyertai parti politik bagaikan sebuah isu semakin hangat diperkatakan hari ini. Bermula dari pengakuan terbuka oleh Abby Abadi dan Hairie Othman, ramai lagi artis yang didakwa akan menyertai PAS sepertimana didakwa oleh barisan kepimpinannya.

Namun penyanyi popular Ning Baizura menyelar secara terbuka di laman sosial Twitter 'fitnah' yang dilemparkan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang mengaitkan dirinya dengan parti yang kononnya memperjuangkan Islam tersebut...

Baca berita penuh di portal ---> PjO - Putrajaya Online

.
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger