Prejudis @HairieOthman Selepas Sertai PAS


Perjuangan Pas yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah adalah faktor utama yang mendorong hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman, 41, mengambil keputusan untuk menyertai parti itu.

Walaupun mengakui tindakan yang diambil itu berisiko dengan kemungkinan berhadapan ketandusan tawaran berlakon pada masa akan datang, Hairie redha dan menganggap keputusan itu tepat.

“Apabila saya memilih untuk bersama Pas, ramai rakan artis bertanya kenapa saya mengambil keputusan ini kerana mereka menganggap saya tidak akan mendapat tawaran berlakon lagi.

“Mereka tanya apa yang saya mahu buat selepas ini. Saya beritahu mereka saya akan keluar berceramah dan saya yakin rezeki ALLAH ada di mana-mana. Saya percaya dan yakin dengan perjuangan berlandaskan Islam adalah benar," katanya yang mengakui keputusan tersebut bukan atas paksaan mana-mana pihak.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Tahlil dan Munajat di Dataran Dahlia, Taman Dahlia JB. -SH

Hairie jangan risau, dia akan dapat terus berlakon sepertimana Bob Lokman dalam video di bawah... cuma lakonannya akan menjadi seperti boneka politik dengan mesej dakwah sempit... Namun perancangannya untuk berceramah patut dipuji kerana dalam PAS tak mustahil dia akan mendapat gelaran 'al-ustaz' dalam masa sebulan... untung2 dapat jadi calon pilihanraya. -mayadejendela


Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger