Tak Perlu Kabinet Bayangan -Sebab PR Cuma Gila Bayang Nak Ke Putrajaya!

Persoalan kabinet bayangan Pakatan Rakyat sehingga kini masih belum terjawab, namun ahli jawatankuasa PAS pusat Khalid Abdul Samad menegaskan ia bukan perkara penting.


Sambil menegaskan, individu dalam parti perikatan itu mampu memikul tanggungjawab tersebut, ahli parlimen Shah Alam ini, berkata Pakatan mampu meyakinkan rakyat seterusnya bahawa gabungan PAS-PKR-DAP itu akan mengambil alih pentadbiran Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

"Budaya membentangkan kabinet bayangan merupakan satu perkara yang tidak pernah diamalkan di Malaysia kerana kabinet bayangan bukan entiti yang diiktiraf, kalau di beberapa negara lain kabinet bayangan diiktiraf dan siapa yang menjadi sebagai menteri dia boleh akses kepada semua maklumat.

"Kerana ia jawatan yang diiktiraf, BN pun bila bertanding dalam pilihan raya dia juga tidak kemukakan kabinet bayangan. Bila Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) serah kuasa kepada (Datuk Seri) Najib (Razak), Najib pun rombak kabinet, dia tidak beritahu kepada rakyat...dia (Najib) tukar sahaja," katanya dalam temubual bersama Antarapos.


Sebelum ini beberapa pihak termasuk daripada bekas naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan Pakatan perlu bermuafakat dalam membentuk sebuah kabinet bayangan sebelum bercakap mengenai cita-cita mahu menggantikan BN.

Beliau berkata PAS-PKR-DAP perlu mencapai kesepakatan dalam menamakan kabinet bayangan kerana 'ketika ini mereka tidak pun tahu siapa yang memegang jawatan apa.'

Selain itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan kabinet bayangan Pakatan memandangkan pilihan raya umum bakal diadakan dalam masa terdekat.

Ketua Penerangan PERKASA Ruslan Kasim berkata rakyat perlu tahu kabinet bayangan itu supaya perbandingan dan penilaian dapat dibuat mengenai siapa yang akan diberikan mandat dan kepercayaan untuk membentuk kerajaan.

Jelas Khalid, persoalan siapa yang akan berada dalam kabinet bayangan Pakatan bukan masalah yang besar memandangkan gabungan parti itu mempunyai ramai calon yang berkelayakan.

"Ia (kabinet bayangan) bukan merupakan satu perkara yang dianggap satu perkara yang penting, yang penting rakyat dapat melihat bahawa kami mempunyai individu dalam parlimen yang boleh berperanan dan di peringkat negeri juga boleh berperanan.

"Ia adalah satu perkara yang mampu meyakinkan rakyat bahawa kita mempunyai kemampuan untuk mengambil alih kerajaan di peringkat Putrajaya," katanya. -antarapos
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger