PAS Bukan DOMINAN... Tapi ROTI NAN Sarapan Pagi DAP~!!


Pas perlu membuat pengakuan bahawa mereka bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang kerana terbukti parti itu telah tunduk kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam banyak keputusan dan isu.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, kini sudah jelas DAP lebih mendominasi pakatan pembangkang dalam pelbagai perkara termasuklah melibatkan isu penjualan arak serta murtad di Selangor manakala Pas hanya diam membisu.

"Pas mengaku dia dominan tetapi tunduk apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh menentang habis-habisan hukum hudud sehingga parti itu sanggup melupakan perjuangan mereka untuk itu.

"Justeru, pengakuan Pas sebagai parti dominan dalam pakatan pembangkang samalah seperti orang yang mengaku sebagai pemilik tanah tetapi geran nama orang lain," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. -UM
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger