Nik Aziz Yakin Orang Kaya Cina/India Akan Sokong Hudud~!!



Pas tetap laksana hudud jika memerintah - Nik Aziz

KOTA BHARU 25 Julai - Pas tetap berkeras akan melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 meskipun tidak dipersetujui oleh rakan sekutunya, DAP.

Menurut Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kaum Cina terutama yang kaya-raya akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan hukum tersebut kerana ia dapat menjaga keselamatan dan harta benda mereka.

Menurutnya, kebanyakan kes kecurian yang berlaku di negara ini melibatkan orang kaya dan jika dilihat taraf sosial masyarakat, lebih ramai individu kaya datang daripada kaum Cina berbanding Melayu.

"Seperti saya sebut di Ipoh mula-mula dulu, kalau pencuri, dia curi rumah orang miskin ke orang kaya? Sudah tentu curi rumah orang kaya.

"Melayu dengan Cina ini, kaya Cina lagi, jadi mereka lebih mustahak untuk hukum hudud ini kerana mereka ramai orang kaya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. -UM
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger