Langat2 Diteruskan Walaupun Tanpa Kerjasama Kerajaan Selangor! -TPM


Pembinaan Loji Langat 2 bagi menampung keperluan dan permintaan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan tetap diteruskan meskipun tidak mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri Selangor.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya akan merujuk kepada Peguam Negara agar kemelut yang membantutkan usaha kerajaan pusat membina Langat 2 bagi mengurangkan masalah kekurangan bekalan air yang mungkin melanda pada tahun 2014 dapat diselesaikan.

"Kita minta peguam negara semak perkara itu. Dari segi perlembagaan, kanun tanah negara, undang-undang tanah dan sebagainya.

"Kerana jawatankuasa berpendapat, ini adalah satu perkara yang amat penting. Kalau tidak dilaksanakan, ia akan beri satu situasi yang amat buruk," katanya selepas mempengerusikan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-isu Air Selangor di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air selama tiga jam di sini, hari ini.

Ditanya adakah ia akan mengambil masa lama kerana melibatkan soal perundangan, Muhyiddin berkata, perkara berkenaan akan disegerakan dan Peguam Negara akan memulakan mesyuarat petang ini.

Beliau juga memberitahu, tawaran tender untuk menyiapkan projek tersebut akan dibuka mulai bulan hadapan dan ia akan disiapkan dalam tempoh tiga tahun setengah.

"Langat 2 dianggap projek yang wajar dilaksanakan untuk menentukan supaya dalam tempoh pada tahun 2014, yang mana diunjurkan air akan sampai tahap kritikal, maka Langat 2 ini akan mengurangkan masalah bekalan air.

"Kerja-kerja untuk siapkan tawaran akan dibuka dalam tempoh sebulan akan datang. Akan ada syarikat yang mulakan kerja sebaik kerajaan negeri beri kebenaran dan ia akan disiapkan dalam tempoh tiga tahun setengah dari tarikh ia mula dilaksanakan," katanya. -antarapos
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger