Kisah Maya & Sang Penggoda... @PjO2u


HAMPIR usai hari ketujuh dalam kalendar Ramadhan 1433. Syukur, masih diberikan kekuatan oleh ALLAH SWT untuk mengaut margfirah keberkatannya. Harap masih belum terlewat untuk Maya mengucapkan SALAM RAMADHAN kepada semua pembaca portal PjO.

Dalam bergelut dengan desah lapar dan dahaga, mungkin kita terlupa 'godaan' Ramadhan zaman ini sudah berubah ciri dan levelnya. Membaca mesej BBM dan SMS menjadi kewajipan melebihi membaca surah-surah al-Quran. Mengetik butang telefon bimbit lebih terbiasa dari melafaz zikir sambil membilang butir-butir tasbih.

Terimbas lebih 20 tahun dulu, Maya seorang kanak-kanak biasa yang tak pernah lepas dari godaan. Ramadhan disambut gembira, apatah bila pertama kali mengusul kepada ibu untuk berpuasa. Menahan kantuk bangun dinihari untuk bersahur bersama keluarga.

Namun tak tahan godaan bila melihat rakan-rakan sebaya menjilat aiskrim, makan tembikai. Akhirnya memohon kepada ibu untuk berpuasa setengah hari.

Zaman persekolahan agak berbeza, walau ada juga rakan nakal mengajak 'ponteng' atas alasan kami kaum Hawa punya tempoh tertentu tidak mengizinkan berpuasa. Kebanyakan dugaan di usia sebegitu lebih kepada unsur yang 'menguruskan' pahala puasa... bergosip sesama rakan sekelas menjadi agenda utama waktu rehat bila kantin ditutup sepanjang Ramadhan.

Menginjak ke zaman bergelar 'mahasiswi' tidak banyak bezanya dengan zaman persekolahan...

BACA SETERUSNYA 

.
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger