Hehee... Kesian Anwar Kena Perli Dek Tun M!!


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan supaya bersara daripada politik sekarang dan bukannya menunggu sehingga pakatan tersebut kecundang pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika memberikan nasihat tersebut berkata, tiada guna Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kekal dalam politik hanya kerana mahu mengejar impian menjadi Perdana Menteri.

"Dia (Anwar) patut bersara sekarang. Tak ada guna langsung. Dia punya hajat cuma nak jadi Perdana Menteri.

"Kita buat (lantik) dua Perdana Menteri, bagi dia satu PM Kehormat selama lima hari (selepas pembangkang tewas), lepas itu dia boleh bersara," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech, Vaclav Klaus di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas 'hasrat' Anwar untuk bersara daripada politik dan kembali mengajar sekiranya pembangkang tidak mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 seperti dilaporkan oleh Financial Times, Selasa lalu.

Dr Mahathir menambah, kenyataan itu sebenarnya satu retorik politik Anwar.

"Kalau dia kalah pun dia dok (masih) niat lagi nak jadi Perdana Menteri ni," katanya sinis. - UM
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger