Boleh Laksana Hudud Tanpa Pinda Perlembagaan


Hukum Hudud boleh dilaksanakan di negara ini tanpa perlu meminda Perlembagaan Persekutuan, demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Hasan Mohamed Ali.

Beliau yang juga Presiden NGO Jalur Tiga (JATI) berkata, tinjauan dan maklum balas oleh beberapa pakar Perlembagaan menjurus kepada kesimpulan sedemikian sejajar dengan peletakan agama Islam sebagai agama Persekutuan yang memberi penafsiran meluas kepada pelaksanaan hukum hudud.

"Kepada mereka yang bukan beragama Islam, mereka tidak perlu takut dan risau kerana Islam adalah agama yang seadil-adilnya yang sentiasa menjaga hak penganut agama yang lain," kata beliau yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dalam kenyataannya, hari ini.

Hasan berkata demikian sebagai menyahut kenyataan ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat bulan lalu semasa Mesyuarat Penggal Pertama Persidangan Ke-5 Dewan Negeri Johor ke-12 bulan lalu yang mahu Johor menjadi negeri pertama yang melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Saranan Ayub mengundang kontroversi apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ADUN Umno Johor itu sebagai "hilang akal" kerana mengemukakan perkara tersebut.

Dalam satu tulisan beliau di Twitter, Chua menyifatkan Ayub sebagai kehabisan idea dan Chua menegaskan parti yang dipimpinnya itu pasti menentang pelaksanaan hukum Islam itu.

Walau bagaimanapun, saranan Ayub itu mendapat sokongan peribadi oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim dan ramai pemimpin PAS.

Pensyarah Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik pula menggesa Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman mempertahankan Ayub yang dibidas Soi Lek berikutan cadangannya mengenai pelaksanaan hudud.

Mengulas lanjut, Hasan menambah, sudah sampai masanya untuk dua parti politik Islam terbesar di negara ini iaitu UMNO dan PAS untuk bersatu dan saling bekerjasama dalam semangat 'Wahdah Islamiyah' untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.

"Umno dan PAS wajib mengenepikan sentimen dan kepentingan politik untuk duduk berpakat dan mencari jalan keluar secara bersama agar hukum hudud dapat benar-benar dilaksanakan satu hari nanti," jelas beliau lagi. -antarapos
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger