"Saman Jika 20 Akaun Induk RM3 Billion Tidak Benar!" -Ahmad Maslan


Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyaman pihak yang mendakwa Ketua Pembangkang itu memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion jika tuduhan mereka tidak benar.

"Yang amat saya hairan mengapa sehingga hari ini Anwar tidak saman Ummi Hafilda, Anuar Shaari dan Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) yang membuat kenyataan berani itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata Anwar perlu menjelaskan jika benar akuan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid dan Ummi Hafilda mengenai wang RM3 bilion itu.

Khamis lepas, sebuah akhbar harian melaporkan pendedahan Abdul Razak bahawa beliau telah membuat akuan bersumpah untuk membersihkan nama Anwar daripada dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion atas permintaan Anwar yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia segera menyiasat kes tersebut agar kebenaran dapat diperoleh. - BERNAMA
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger