Pudin MukaBulan, Rafizi Jambu & Mak Lampir Perlu Minta Maaf!!


Wanita Umno mahu Pakatan Rakyat khususnya tiga pemimpin kanan PKR memohon maaf kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang telah dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada sebarang salah laku rasuah berhubung kes projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Ketua Penerangannya, Datuk Hamidah Osman berkata, pengumuman SPRM hari ini juga membuktikan bahawa pihak pembangkang sengaja membuat tuduhan liar bagi mengaitkan Shahrizat dalam isu NFC kerana bermotifkan politik.

"Ini merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan penganiayaan besar yang telah dilakukan oleh pihak pembangkang kepada Shahrizat yang telah mencemarkan nama baik beliau serta menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang menteri dan Ketua Wanita Umno," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Hamidah yang juga Exco Kerajaan Negeri Perak berkata, beliau merasakan Shahrizat telah menjadi mangsa mainan politik kotor pembangkang.

"Walau bagaimanapun, saya yakin keputusan SPRM ini pasti tidak akan diterima oleh pembangkang kerana itu sudah menjadi sikap mereka.

"Apa sahaja yang tidak memihak kepada mereka, mereka akan pasti membuat pelbagai tuduhan lain pula," katanya lagi.

Oleh itu kata beliau, dengan terbuktinya Shahrizat tidak bersalah dan tidak terbabit dalam kes NFC, "saya mendesak pihak Pakatan Rakyat terutama Setiausaha Agung PKR, Datuk) Saifuddin Nasution, (Ketua Wanita PKR), Zuraida Kamaruddin dan (Pengarah Strategi) Rafizi Ramli supaya memohon maaf secara terbuka bagi menebus maruah dan nama baik Shahrizat yang juga merupakan Ketua Wanita Umno."

Shahrizat, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat didapati tidak terbabit dalam proses perolehan pinjaman RM250 juta daripada kerajaan Persekutuan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), yang dimilki suami dan anaknya.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil hari ini berkata kertas siasatan SPRM dan laporan Pejabat Peguam Negara mendapati Shahrizat tidak terlibat dan kes itu ditutup.

Katanya, Ketua Wanita Umno itu tidak terlibat langsung dalam proses perolehan pinjaman yang dibuat oleh suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang juga pengerusi NFC.

Berikutan isu pinjaman itu, Shahrizat telah meletakkan jawatan menteri berkenaan apabila tempoh beliau sebagai senator tamat pada 8 April lepas.

Suaminya kini menghadapi perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan pecah amanah melibatkan wang RM49.7 juta dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965.

Perbicaraan akan bermula 5 hingga 9 November ini disusuli antara 3 dan 14 Disember ini.
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger