Kesian! Faekah Husin Dihalau Oleh Khalid Ibrahim Macam Lembu...


Sekumpulan wartawan yang menunggu untuk membuat liputan mesyuarat Exco Selangor hari ini hampa apabila diarahkan bersurai dengan alasan tidak ada sebarang sidang media akan diadakan seperti kelazimannya.

Para wartawan kecewa apabila penantian dua jam mereka sia-sia apabila pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor meminta mereka bersurai.

Lazimnya, sidang media diadakan selepas mesyuarat Exco berlangsung bagi memaklumkan hasil perbincangan mesyuarat tersebut.

Namun, menurut pihak pejabat SUK negeri, tiada jemputan dihantar kepada media untuk membuat liputan mesyuarat exco hari ini lantaran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersidang di Parlimen di sebelah pagi dan mesyuarat tersebut yang diadakan pada sebelah petang akan berakhir lewat petang.


Sebelum ini, Abdl Khalid menjadi tumpuan apabila wartawan cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripadanya berhubung isu-isu yang membelenggu rakyat. Ini termasuk isu air dan tindakannya mahu menggadaikan tanah Universiti Industri Selangor (Unisel).

Adalah dipercayai tindakan exco Selangor tidak mengadakan sidang media adalah untuk mengelak daripada menjawab soalan kumpulan wartawan.

Selain isu negeri Selangor, pergolakan dalaman antara ahli parti PKR di negeri itu juga dikatakan mencuri tumpuan.

Baru-baru ini media di alam maya melaporkan pelbagai aduan dilemparkan terhadap Setiausaha Politik MB, Faekah Hussin dan ramai ahli termasuk penjawat awam mahu beliau dipecat. -antarapos
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger