Keikhlasan Nizar Minta Maaf Kepada Sultan Johor Dipertikaikan...


Tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mendakwa kenyataannya di Twitter mengenai bidaan nombor plat WWW 1 yang dibeli Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar diputar belit oleh media massa, jelas menunjukkan beliau tidak ikhlas untuk memohon maaf.

Bendahari Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung), Zaini Atan berkata, perkara itu mudah serta jelas dan sekali gus Mohammad Nizar tidak perlu berdolak-dalik dengan menuding jari kepada pihak lain atas keterlanjuran yang dilakukannya.

"Jika betul kesal dan mahu memohon menghadap Tuanku, mengapa masih perlu berdolak-dalik dan menuding kesalahan kepada pihak lain. Dah buat silap, minta maaf dengan ikhlas," katanya ketika dihubungi hari ini. -UM
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger