Tindakan Anwar, Azmin Memalukan 7 Keturunannya... #Bersih??


“Perhimpunan itu sendiri sudah salah, apatah lagi beri arahan (untuk merempuh polis),” demikian tegas Bakhtiar Kasuma, 39 tahun, seorang pemandu teksi yang ditemui krew kami.

Beliau mengulas dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden PKR, Azmin Ali telah mengarahkan peserta himpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu untuk merempuh Dataran Merdeka.

Menurut Bakhtiar, apa yang dilakukan oleh kedua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ‘lebih daripada memalukan negara’.

“Pada saya perhimpunan BERSIH itu sendiri tak patut dibuat di situ pasal tempat yang sesuai sudah diberi. Kalau setakat nak berhimpun, kenapa nak pergi Dataran Merdeka, (sebab itu) laluan orang ramai?” soal beliau.

Menurutnya, perhimpunan tersebut memberikan impak yang negatif kepadanya sebagai seorang pemandu teksi kerana pendapatannya teruk terjejas pada hari tersebut.

“Sebagai pemandu teksi, (perhimpunan tersebut) menghalang demokrasi saya. Tak patut (berhimpun). Saya langsung tak jalan, tak berani nak jalan. Bayangkan kereta polis rosak, kereta saya macam mana lagi,” tegas beliau.

Pendapat beliau turut dikongsi seorang lagi pemandu teksi, Azman Yahya, 49 tahun yang menegaskan ramai orang yang tidak bersalah terpaksa menanggung kerugian akibat
daripada perbuatan peserta perhimpunan tersebut.

Katanya lagi, ada pelbagai cara lain yang boleh dilakukan oleh penganjur bagi menjayakan hasrat mereka melakukan tunjuk perasaan selain daripada rusuhan.

“Kalau nak buat juga, buat di tempat yang tidak menyusahkan orang,” katanya.


Pada Sabtu lalu, ibu negara Kuala Lumpur yang sebelum ini tenang bertukar kacau bilau apabila para peserta himpunan BERSIH 3.0 bertindak liar dengan menjatuhkan penghadang yang didirikan polis, membaling batu, botol minuman dan turut memukul anggota polis bagi memboloskan diri ke Dataran Merdeka.

Ia adalah perhimpunan kali kedua yang dianjurkan oleh NGO sama dalam masa tidak sampai setahun.

Keadaan bertukar tidak terkawal apabila Anwar dan Azmin dikatakan saling bertukar isyarat tangan sebelum penghadang polis dicerobohi.

Bagaimanapun kedua pemimpin PKR berkenaan menafikan dakwaan itu.

Anwar berkata video yang memaparkan beliau dan Azmin bertukar isyarat sebelum penghadang polis dicerobohi tidak memberikan gambaran sebenar.

Beliau mendakwa isyarat tangan oleh beliau adalah hanya untuk meminta kepastian daripada Azmin sama ada beliau berunding dengan polis bagi membolehkan peserta himpunan dibenarkan memasuki tapak bersejarah tersebut.

Azmin pula menafikan beliau membalas isyarat Anwar itu dengan mengarahkan pengikutnya untuk merempuh kawalan keselamatan polis.

"Beliau (Anwar) beri isyarat adakah saya sudah buat rundingan (dengan polis), dan saya anggukkan kepala saya menunjukkan saya sudah lakukannya," katanya pada sidang media semalam.

Bagaimanapun, video itu menunjukkan selain daripada mengangguk kepala, Azmin menggunakan isyarat tangan untuk menyatakan beliau memahami apa yang dikehendaki oleh Anwar.

Selepas itu Azmin kelihatan berkomunikasi dengan seorang pengikut berbadan tegap. Lelaki itu kemudian bertindak merempuh penghadang polis bagi membolehkan peserta BERSIH yang lain memasuki kawasan larangan Dataran Merdeka.

Polis bertindak melepaskan gas pemedih mata dan menembak meriam air ke arah penceroboh.

Sementara itu, Adnan Md Yusof 42 tahun pula mempertikaikan tindakan perusuh membelasah anggota polis.

Katanya anggota polis hanya menjalankan tugas mereka dan menegaskan tindakan tersebut tidak menggambarkan Malaysia sebagai negara maju.

“Polis hanya menjalankan tugas di mana kita sebagai orang awam kita kena faham bila baju uniform kita tak boleh bantai (pukul). Kalau kita pukul, macam polis, mereka boleh ambil tindakan pada kita,” katanya.

Sementara itu Nathan Tuhalasi, 40 tahun memberitahu yang beliau mengalami kerugian yang amat besar pada hari tersebut kerana tidak dapat keluar mencari penumpang.

“Hari itu saya tak boleh keluar, rugi tak boleh kerja. Semua tempat tutup macam mana nak masuk cari penumpang,” katanya. -antarapos
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger