Portal Berita Asing Juga Mengutuk Rusuhan #Bersih!!


Kekasaran dan keganasan para peserta perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu tidak melayakkan pergerakan itu mendakwa mereka sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengutamakan aspek moral yang tinggi.

Artikel The Economist keluaran 1 Mei bertajuk ‘It’s that time of year’ tulisan R.C menyatakan, serangan penunjuk perasaan yang menterbalik sebuah kereta polis dan mencederakan kira-kira 20 anggota pasukan keselamatan itu merupakan masalah utama Bersih 3.0.

Justeru, kata artikel tersebut, kejadian itu merupakan satu kelebihan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertahankan pasukan polis yang menjadi mangsa apabila mereka diserang dan dipukul.

“Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga mengakui sesetengah pihak akan berfikir perhimpunan itu telah bertukar buruk akibat tindakan biadab sesetengah peserta,’’ katanya.

Malah menurut artikel itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga terpaksa membuat penjelasan ekoran rakaman video yang menunjukkan beliau bercakap dengan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berdekatan penghadang polis. -UM
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger