Panas!! PAS Baru Sedar Tak Ada Kesepakatan Dalam Pakatan Rakyat!!

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib mengakui bahawa Pakatan Rakyat masih belum mempunyai satu ikatan yang kukuh dalam menentukan hala tuju gabungan itu.

Kenyataan itu diulas Harun berikutan tindakan Presiden DAP, Karpal Singh sebelum yang bertindak menyelar cadangan PAS mahu melaksanakan hukum Hudud jika menang dalam pilihan raya akan datang.

“Saya melihat pakatan masih belum ada satu ikatan yang kuat. Yang mana pakatan ini melantik sesiapa yang menjadi ketua,” katanya.

Harun kemudian menyifatkan Karpal telah melanggar perjanjian manifesto yang dicapai dalam Pakatan Rakyat selain menganggap pemimpin DAP itu tidak menghormati prinsip PAS.

“Mereka tak bersetuju tapi akhirnya akan setuju juga.”

“Jika mereka faham dan lihat kebaikan-kebaikan Islam mereka akan menyokong dan bersetuju.”

Justeru Harun menepis dakwaan yang menyifatkan PAS hanya sebagai "pak turut" dalam Pakatan Rakyat.


Katanya, gabungan itu bergerak dengan momentum yang sama dalam usaha mendapatkan kemenangan pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

“Belum diketepikan. Sama-sama berusaha dalam pakatan untuk menang.”

PAS kebelakangan ini dihujani kritikan pelbagai pihak bersabit pendirian parti itu tentang cadangan pelaksanaan undang-undang Syariah sekiranya Pakatan Rakyat menerajui kepimpinan negara.

Namun parti itu menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh menerusi muafakat rakyat diutamakan dan telah dipersetujui dalam penegasan bersama Buku Jingga selain meminta agar rakan parti dalam Pakatan Rakyat memberi tumpuan kepada pilihan raya yang bakal diumumkan bila-bila masa. -antarapos
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger