Panas!! Dr Hasan Ali Akan Dedahkan Video Murtad 3 Hari Lagi!!


Pengerusi Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dijangka mempertontonkan video pendedahan murtad buat pertama kalinya kepada umum pada program Himpun di Melaka, 27 Mei ini sekiranya mendapat persetujuan daripada peguamnya.

Perkara itu diumumkannya di hadapan 1,000 orang yang hadir pada program siri jelajah ‘Selamatkan Aqidah Umat’ di Pinggiran Batu Caves.

Menurutnya, pendedahan itu penting untuk membuktikan dakwaannya bahawa terdapat usaha menyebarkan agama Kristian dalam kalangan orang Islam dan ia bukan tuduhan semata-mata.

“Sebelum mendedahkan kepada umum kita perlu mendapatkan persetujuan daripada individu yang dipaparkan dalam video ini dan juga mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam.

“Jika kedua-dua pihak ini bersetuju, kita tiada halangan untuk mendedahkan kepada umum video merakamkan paderi Melayu yang berjaya mengkristiankan 300 hingga 400 orang Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, pihaknya mendapat permintaan tinggi daripada orang awam yang ingin mengetahui lanjut membabitkan murtad setiap kali menghadiri siri jelajah ‘Selamatkan Akidah Umat’

“Pentingnya video itu dipertontonkan kepada umum adalah untuk memberitahu kepada masyarakat tentang mudahnya orang Islam terutamanya golongan muda terpengaruh dengan usaha segelintir pihak dalam usaha mengkristiankan orang Islam.

“Keputusan sama ada bakal didedahkan kepada umum 27 Mei ini akan dimaklumkan kelak dan orang awam diharap dapat menunggu,” katanya.

Hasan turut mengulas tentang hasratnya untuk membuat 10 tuntutan sekiranya berjaya mengumpulkan ahli seramai 100,000.

Katanya, tuntutan pertama yang akan dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah mewajibkan pengambilan peperiksaan Pendidikan Islam bagi pelajar peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Tuntutan lain akan diusulkan kemudian dan setakat ini seramai 4,000 ahli berjaya dikumpulkan,” katanya. -SH
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger