Nasharuddin Mat Isa Terkejut Namanya Tiada Dalam Senarai Calon!!


Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa melahirkan perasaan terkejut apabila diberitahu bahawa beliau tidak disenaraikan dalam calon PAS Kelantan yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Beliau yang dihubungi AntaraPos.com walaubagaimana pun enggan mengulas lanjut sebaliknya akan menunggu respon daripada PAS Pusat bersabit perkara itu.

"Oh benar? Saya tidak tahu. Nanti kalau saya komen susah juga. Kalau saya ada maklumat boleh."

Menurut sumber nama Ahli Parlimen Bachok itu gagal dikesan di dalam senarai nama calon yang diserahkan kepada PAS Pusat.

Namun sumber itu menyifatkan sebarang perubahan boleh berlaku.


"Setakat ini nama beliau (Nasharudin) tidak tersenarai di Kelantan. Itu sahaja yang saya boleh katakan.

"Soal mengapa dan bagaimana ia berlaku saya tidak boleh nak jawab kerana saya tidak menguruskan hal-hal PAS Kelantan," katanya ringkas.

Nasharuddin mula bertanding dalam politik tanahair apabila memenangi kerusi parlimen Yan, Kedah pada pilihan raya umum 1999.

Beliau kemudian kalah pada di Besut pada 2004.

Manakala pada pilihan raya umum 2008, beliau mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Awang Adek Hussin dengan majoriti sebanyak 2,896 undi. -antarapos

Share this post :

+ comments + 10 comments

Tanpa Nama
26 Januari 2013 5:32 PTG

Nasharuddin Mat Isa tolong jangan hampakan PAS. Jauhi dirimu dari Najis UMNO jika anda sayangkan bangsa, agama and negara!

Tanpa Nama
28 Januari 2013 9:38 PG

Org yg menyamar mcm Tanpa Nama yang Najis.. Selama ini awak hidup makmur dan senang atas pentadbiran sapa? Awak tu patut bersyukur..memang rezeki dari Allah, tapi kalau pentadbiran DAP, jgm harap org melayu nak berjaya... Ust Nasharuddin merupakan ulama sejati , tahu yang betul dan yg tak betul. Dari bergelumang dgn najis DAP, dan ikut telunjuk depa... Insya Allah, kalau berjuang kerana Allah, pasti Allah akan tunjuk memberi rahmat....

Tanpa Nama
3 Februari 2013 8:50 PTG

Nasarudin bukan ulama sejati tetapi org yg dlm dilema..krn tidak sndang apa2 jawatan dan tiada pencalonan utk pas...dia sangup mengadaikn maruah utk sertai BN yg dikuasai MCA..ko nmpak x spe yg jaga gula, pasir, simen, besi n lain2..sumenya puak MCA..org melayu umno tido dibuai pompuan, arak, judi n duit..kesian rakyat malaysia nih..pndatang asing pun dh lebih sejuta..bengong pemimpin malaysia nih..

Tanpa Nama
4 Februari 2013 9:02 PTG

Bangang punya orang. sokong membabi buta.

Tanpa Nama
4 Februari 2013 9:10 PTG

MCA terima pentadbiran ISLAM. DAP terima ke. Awal-awal lagi dah tolak. Dah jelas. Jadinya pengikut2 PAS ni menyokong membabi buta.
Dalam dunia semua kerajaan Korup, rasuah. Dah macam adat. PAS bersekongkol dengan DAP, teruk lagi la. Ada DAP dengar suara PAS. Masuk angin keluar asap leee. Pengikut PAS menyokong membabi buta. Kepimpinan PAS sekarang ni, semua yang perjuangkan ISLAM, disingkir. Terbaru Ustaz Nasharuddin, sebelum ni Ustaz Hasan. Dan mungkin juga Ustaz Haron Din. Pengikut PAS menyokong membabi buta.

Tanpa Nama
8 April 2013 12:38 PTG

senang cerita encik tanpa nama aje la yg menjadi PM baru, sebab dia pandai dalam segala hal, bab agama, pentadbiran negara seme dia arif, boleh ?

16 April 2013 11:53 PTG

Isu perkauman dan agama sering menjadi halangan bila nak undi DAP. Ini lah yang disemai oleh kerajaan kita. Kenapa kita perlu takut? Sedangkan mereka juga manusia. Cuba tak salah. Kita tentang dasar apartheid. Kita tentang orang racist? Then what about us? Being racist toward DAP. But not MCA. They are both chinese. So why we're just being mean toward DAP. Malays, wake up. Kita bukan bangsa yang bagus pun. Kalau orang Arab cakap diorang bangsa paling bagus sebab Nabi dari bangsa diorang apa kita rasa? No sebab bangsa tak melambangkan kebaikan pun. Stop being stupid.

Tanpa Nama
19 April 2013 11:17 PG

ler biaq pi kat dia la...dia bukan kaco korang pun..yang nak sakit hati pasaipa?

Tanpa Nama
7 Mei 2013 1:30 PTG

Kita tk racist..tp DAP yg racist...napela masih mimpi...klau tak kenpa dia tk bertanding dn mng tpt bangsa lain...

Tanpa Nama
16 Mei 2013 9:05 PG

Kpd tanpa nama. Why pas trust dap more than umno??? Knp melayu islam pas percaya Cina cauvanis kafir dap lebih dr sdr seislam melayu umno... Satu fmly sama sdr mara sanggup berpecah.. Org pas ckp dia org masuk syurga org umno tak.. Pas org islam umno org kafir... Tapi org umno pun tunaikan rukun islam yg 5, syahadah zakat solat pose haji pun pergi... Pelik2. .. Org pas ni lebih tinggi de Allah pula.. Allah ada berfirman jgnlh kita sewenag2nyg kafirkn org lain nnt prk tu berpaling kpd diri sendiri.

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger