Lepas Ditegur Sultan, Khalid Ibrahim Sanggup Minum Air Longkang...


Kerajaan Selangor akur dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya isu air tidak dipolitikkan dan pada masa yang sama mendesak Putrajaya mengambil kira teguran baginda dan melaksanakan segera penstrukturan semula industri pembekalan air.

Merujuk kepada titah Sultan Sharafuddin semalam, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, "justeru, kita mendesak Kerajaan Persekutuan mengambil kira teguran Sultan dan melaksanakan dengan segera penstrukturan semula industri pembekalan air di Selangor seperti yang diperuntukkan oleh Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA) yang membolehkan kerajaan Selangor mengambil alih pengurusan ini."

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Negeri.

"Kerajaan negeri juga amat komited untuk menyelesaikan penstrukturan semula industri air supaya kecekapan perkhidmatan bekalan air dapat ditingkatkan dan mengekalkan tarif air pada kadar munasabah.

"Selain itu, kerajaan juga akan dapat meneruskan pemberian air percuma bagi setiap 20 meter padu pertama setiap bulan kepada penduduk di negeri ini," tambah Khalid.

Khalid turut mendesak agar Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui agar tidak lagi berdolak dalih dalam memberi persetujuan kepada rancangan untuk penstrukturan semula yang dibuat oleh kerajaan negeri Selangor.

"Kah Fui tidak perlu lagi berdolak dalih dan menggunakan kuasa sebagai menteri di bawah WSIA untuk memastikan syarikat konsesi memberi persetujuan kepada rancangan penstrukturan semula di negeri ini.

"Sebelum ini kerajaan negeri telah menawarkan penyelesaian arbitrasi antarabangsa untuk memberi keadilan kepada semua pihak dan sepatutnya syarikat konsesi tidak mempunyai masalah untuk menerima tawaran tersebut," kata Khalid.

Menteri Besar berkata, "kita menghormati titah Sultan Sharafuddin supaya tidak mempolitikkan isu air dan mengambil semua teguran baginda sebagai panduan dalam meningkatkan lagi keberkesanan urusan pentadbiran negeri ini termasuklah memperkasakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor dan amat menghargai pandangan baginda yang mengambil berat tentang perkembangan yang berlaku di negeri ini."

Beliau berkata, sebelum ini kerajaan negeri telah menawarkan penyelesaian menerusi timbang tara antarabangsa untuk memberikan keadilan kepada semua pihak dan sepatutnya syarikat konsesi tidak mempunyai masalah untuk menerima tawaran itu yang beliau anggap amat munasabah. -SH
Share this post :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
11 Mei 2012 1:35 PG

HEHEHE...RAMBUTPUN SERABAI..ADEH...
HTTP://DUANPRINTINGMAJU.BLOGSPOT.COM

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger