Berapa UMNO Bayar Raja Petra???



SPRM Buat Laporan Polis Berhubung Dakwaan Terbaru Raja Petra

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis mengenai dakwaan blog popular Malaysia Today bahawa seorang ahli politik kanan menggunakan pengaruhnya untuk menutup fail siasatan rasuah membabitkan salah seorang pembantunya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid mengesahkan laporan polis dibuat oleh SPRM pada Selasa, beberapa jam selepas dakwaan itu disiarkan secara online oleh Raja Petra Kamaruddin.

Kes itu disiasat dibawa Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Raja Petra menyiarkan artikel di dalam blognya yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan kuasanya di dalam kerajaan pada waktu itu untuk memberhentikan siasatan oleh Badan Pencegahan Rasuah (BPR) ke atas Azmin Ali.

Beliau berkata, dokumen sulit dan maklumat yang diperoleh daripada seorang bekas pegawai kanan BPR yang mendakwa Amin menerima bayaran bulanan daripada seorang taikun terkemuka.

Raja Petra turut mendakwa Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin memiliki beberapa akaun bank, hartanah dan kereta bernilai jutaan ringgit.

Sementara itu, Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa beliau tidak memiliki kekayaan seperti yang didakwa oleh Raja Petra dan enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut.

Portal tersebut turut memetik Azmin sebagai berkata bahawa beliau telah memberikan pihak berkuasa semua penyata bank dan dokumen diperlukan apabila beliau disiasat pada 1995 ketika masih memegang jawatan selaku Setiausaha Sulit kepada Anwar yang merupakan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu.

Dalam sidang media berasingan, ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali buat pertama kali mendedahkan salinan dokumen sebahagian aset yang dimiliki abangnya, Azmin dan Shamsidar yang bernilai lebih RM30 juta.

Ummi Hafilda mendakwa kebanyakan transaksi bernilai antara RM50,000 hingga RM500,000 setiap satu dan dibuat pada 1992 hingga 1994.

Beliau mencabar Azmin untuk membuat laporan polis dalam tempoh 14 hari jika beliau merasa dirinya difitnah.

Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) turut meminta SPRM menjalankan siasatan terhadap Azmin dan bertegas akan mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat SPRM sekiranya badan bebas itu tidak memulakan siasatan dalam tempoh seminggu.

Tibai telah membuat laporan di pejabat SPRM di Putrajaya pada Rabu.
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger