[Video] Jawapan SPR Ni Tentu Buatkan Ambiga & A.Samad Said Lari Malam!!


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengambil ketetapan menjawab kesemua persoalan yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang berhubung beberapa isu yang dakwa mereka tidak diperincikan oleh SPR.

Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, dakwaan yang menyatakan SPR tidak menyelesaikan masalah-masalah yang dibangkitkan tidak berasas sama sekali.


"Ini kali pertama SPR mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli Parlimen yang menyuarakan macam-macam pada 29 Mac dan 5 April lalu.

"Jadi hari ini kita jawab kepada mereka secara langsung," katanya kepada media di Bilik Taklimat Parlimen.

Beliau berkata antara perkara yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen hari ini ialah dakwaan mengatakan SPR memindahkan pemilih daripada satu kawasan ke satu kawasan lain.
"19,342 yang didakwa diubahkan itu tidak ada berlaku perubahan sempadan, DUN mahupun parlimen.

"Apa yang berlaku ialah pembetulan lokaliti pemilih berkenaan daripada yang silap kepada yang betul," katanya.

Aziz memberi contoh tempat mengundi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa pembangkang sengaja ditukar oleh pihak SPR.

“Contoh yang saya ambil paling mudah ialah kes Tan Sri Khalid Ibrahim. Semasa didaftarkan pada 1985, alamat yang digunakan semasa Khalid Ibrahim ialah 16/2 Petaling Jaya.

“Apabila kita semak dengan sistem maklumat geografi pilihan raya, kita dapati alamat MB Khalid Ibrahim bukannya duduk di dalam Selangor, bukannya duduk di dalam tempat lokaliti Petaling Jaya Selatan tetapi alamat rumah itu berada di dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai,” katanya.

Aziz selain itu berkata dakwaan wujud 42,051 nama pemilih yang diragui adalah ekoran pemilih-pemilih ini tidak dapat dikesan oleh SPR bagi mengesahkan sama ada maklumat terakhir mereka lengkap atau tidak sebenarnya.

“Perkara ini berlaku selepas SPR menghantar 13 juta pemilih ke JPN untuk minta tolong mereka menyemak supaya tidak ada nama yang didaftarkan dua kali, jangan ada nama yang sudah meninggal dunia dalam SPR, supaya jangan ada berlaku orang bukan warganegara di dalam SPR, semua telah disemak dan tidak berlaku.

“Cuma yang berlaku 42,051 daftar pemilih ini ialah tidak dapat disahkan oleh JPN , pengundi-pengundi ini hidup atau mati, warganegara atau tidak kerana apabila JPN menghubungi mereka, tidak ada respon,”katanya.

Aziz dalam pada itu kesal dengan pendirian Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang mahu meneruskan BERSIH 3.0 dan menjadikan SPR sebagai sasaran kononnya suruhanjaya itu tidak bertanggungjawab.

“Tetapi dalam laporan interim itu, yang pertama adalah untuk membersihkan daftar pemilih, kita telah buat benda ini hampir setiap hari tetapi saya katakan pada ahli-ahli Parlimen tadi di mana dalam dunia ini ada daftar pemilih yang lengkap, tiada dalam dunia ini...

“Tiada satu pun negara yang mempunyai daftar pemilih yang lengkap,” katanya.

Beliau juga turut menyelar pihak tertentu yang seringkali menyalahkan pihak SPR apabila kemenangan pilihan raya tidak berpihak kepada mereka.
“Kalau satu-satu parti itu menang dia puji SPR sampai kita pula yang takut apabila dipuji tinggi melambung. Sebagai contoh kalau tiada SPR, kita belum tentu boleh menang...contoh yang dia pujilah.

“Tetapi kalau kalah, orang yang sama, entiti yang sama, dia bantal habis SPR, jadi adakah ini adil?,” katanya. -antarapos

Share this post :

+ comments + 1 comments

17 April 2012 9:12 PG

Ia bukan isu pun dan demontrasi memang cara meeka dgn pelbagai alasan.Ini usaha sabotaj.. http://upsidet.blogspot.com/

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger