Spin Nurul Izzah... Cuba Salahkan SPR!!

 

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menjelaskan bahawa beliau hanya melakukan kajian mendalam mengenai status pengundi di kawasannya ekoran makluman yang diperoleh mendapati nama mereka hilang dari daftar pemilih.

Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR menegaskan surat yang dimaksudkan hanya makluman pengundi daripada hasil kajian ibu pejabat beliau daripada rujukan suku ketiga semakan daftar pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kenyataan itu sekaligus menafikan dakwaan Barisan Nasional Lembah Pantai bahawa beliau mengedarkan surat maklumat palsu berhubung status daftar pemilih penduduk di kawasan beliau.

“Pejabat saya hanya buat kajian mendalam tentang status pengundi Lembah Pantai. Surat yang dimaksudkan hanya memaklumkan pengundi bahawa berdasarkan kajian pejabat saya, nama mereka sudah hilang daripada daftar pemilih bagi kawasan parlimen Lembah Pantai.

“Surat itu juga jelas menyatakan bahawa kemungkinan besar nama-nama itu hilang disebabkan perkara yang sah, lalu dibuang daripada daftar pemilih atas sebab termasuklah kematian dan pemindahan yang tulen,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.


Beliau turut merujuk kepada tiga maklumbalas yang diterima daripada pengundi, di mana salah seorang mengakui namanya tertera di dalam daftar pemilih yang menggunakan alamat terkini, namun hakikatnya ia tidak wujud.

Dilaporkan hari ini, BN Bahagian Lembah Pantai menyelar tindakan Nurul Izzah yang didakwa mengedarkan surat maklumat palsu berhubung status daftar pemilih kepada 30 penduduk Perumahan Awam Seri Pahang, Bangsar.

Setiausaha Penyelaras BN Bahagian Lembah Pantai, Datuk Mohamad Sazali Kamilan berkata, pihaknya menerima aduan penduduk pada petang semalam yang mana surat tersebut dimasukkan ke dalam peti surat penduduk.

Menurutnya, semua yang dinyatakan Ahli Parlimen berkenaan dalam surat tersebut tidak benar apabila semakan yang dilakukan mendapati nama penduduk terlibat masih ada dalam daftar pemilih. -FMT
Share this post :

+ comments + 1 comments

26 April 2012 9:57 PG

Anak bapak...

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger