Penganut PAS Jangan Risau... 'Nabi' Mereka Sudah Kembali Stabil...


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang masih dirawat di wad rawatan jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Besan Nik Abdul Aziz, Abdul Fatah Harun, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Tuku, berkata Mursyidul Am PAS itu dinasihatkan doktor yang merawatnya agar berehat di hospital itu bagi mendapatkan rawatan susulan.

Nik Abdul Aziz, 81, dimasukkan ke hospital itu selepas mengadu sakit dada selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Rabu lepas.

"Tok Guru (Nik Aziz) dinasihatkan berehat di wad CCU itu bagi mengelakkan banyak menggunakan tenaga apabila berada di luar.

"Seperti biasa, perutnya selalu meradang apabila tersalah makan dan penat akibat banyak pergerakan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi malam Sabtu.

Abdul Fatah berkata Menteri Besar itu dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam masa terdekat ini, sebaik selesai menjalani pemeriksaan lanjut.

Sultan Kelantan Sultan Mohammad V berkenan melawat Nik Abdul Aziz selepas solat Jumaat semalam, kata Abdul Fatah.- BERNAMA
Share this post :

+ comments + 2 comments

8 April 2012 3:49 PG

Kenapa 'perut' yang meradang kalau yang sakit dada?

Tanpa Nama
9 April 2012 1:49 PTG

mcmana sakit tenat pun si tua kutok ni, jawatan MB tetap maintain gitu.. memang sah dasar nak pegang/penamak jawatan sampai mampos lah wali terompah ni..

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger