PAS Kelantan Anggap Air Bersih Untuk Rakyat Isu Remeh!!


Kerajaan Pas Kelantan menganggap isu bekalan air bersih yang menghimpit rakyat di negeri ini sebagai 'remeh' biarpun pelbagai pihak membuat desakan supaya ia diatasi secepat mungkin.

Ini berikutan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Md. Anizam Abdul Rahman bahawa tidak ada jenazah di negeri itu yang terpaksa ditayamum akibat ketiadaan air.

Malah beliau berkata, rakyat di negeri itu boleh hidup sehingga mencapai usia lanjut menggunakan air yang dibekalkan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) apabila dibangkitkan mengenai tahap kebersihan air yang disalurkan kepada pengguna.

"Air perkara asas tidak perlu dipolitikkan, kita bagi tahu apa kita buat, kita akan cuba perbaiki setakat mana yang mampu.

"Saya harap semua wartawan yang ada hari ini boleh mandi, solat Subuh, boleh ambil air sembahyang. Kelantan setakat ini tidak ada lagi tayamum bila berlaku kematian.

"Kena ada bukti (air Kelantan tercemar), sebab yang mari periksa air kita adalah Jabatan Kesihatan juga, setiap minggu periksa, kalau air tidak elok, kita tidak lepas kepada pengguna, ada orang Kelantan umur 70, 80 dan 90 tahun, saya pun umur 58 tahun, guna air paip Kelantan tetapi tidak ada masalah pun," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan kerajaan Pusat menyalurkan sebanyak RM1.05 bilion kepada negeri ini untuk mengatasi masalah bekalan air bersih.

Peruntukan itu diberikan dalam bentuk geran melalui agensi kerajaan Pusat untuk menyediakan prasarana dan pinjaman tanpa faedah kepada kerajaan Pas Kelantan.

Sementara itu, Md. Anizam berkata, kerajaan Pas Kelantan sedang berusaha menyelesaikan masalah bekalan air di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri menerima peruntukan secara berperingkat-peringkat bagi tujuan itu dan kesannya tidak boleh dilihat dalam masa terdekat.

"Peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebanyak RM347 juta sepanjang 12 tahun tidak menggambarkan keadaan sebenar di tapak yang mana hanya tahun 2011 dan 2012 sahaja projek bernilai RM216 juta dilancarkan.

"Maka, belum ada impak yang diterima oleh AKSB khususnya dan rakyat amnya," katanya.

Beliau menambah, projek-projek menaik taraf loji rawatan air juga belum siap dan bekalan arus elektrik belum diserahkan kepada AKSB kecuali di loji Lojing yang melibatkan kos sebanyak RM10.5 juta.

Katanya, projek itu belum beroperasi kerana paip ke kawasan pengguna belum siap dan hanya loji rawatan air di Aring diserahkan kepada AKSB dengan kos RM1.2 juta pada 2006.

Tambahnya, kerajaan Pas Kelantan tidak dimaklumkan mengenai projek-projek bekalan air yang dilaksanakan Jabatan Kesihatan, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Unit Penyelarasan Pembangunan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

"Apa impak dan penyelesaian tidak dapat dipastikan. Projek ICU sebanyak RM2.5 juta tiada dalam makluman AKSB mahu pun kerajaan negeri," katanya. -UM
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger