Nik Aziz Enggan Minta Maaf Bila Menggores Hati Puteri UMNO?? @RosnahARS


KOTA BHARU - Pergerakan Puteri Umno meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya meminta maaf di atas kenyataan menggores hati Puteri Umno Kelantan.

Bagaimanapun, tidak memaksa permohonan maaf itu dilakukan kerana yakin tindakan tersebut dibuat disebabkan pembangkang berasa terancam dengan gerak kerja dilakukan pergerakan berkenaan.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pihaknya melihat insiden berkenaan sebagai bukti keberkesanan program dijalankan suatu yang membimbangkan Pas.

“Sebagai pemimpin yang memegang gelaran ‘tok guru’, tindakan tersebut adalah keterlaluan apabila beliau sanggup melakukan sesuatu hingga menghina rakan seagama.

“Apabila perkataan itu keluar, kita melihat senario ini sebagai kebimba­ngan beliau dengan aktiviti yang dijalankan Puteri. Kalau tidak, kita tidak dapat gelaran ‘beruk’ itu,” katanya ketika menghadiri majlis ramah mesra bersama Pergerakan Puteri Umno Kelantan dan menyempurnakan gimik penyerahan komputer riba kepada Ketua Puteri bahagian di Pejabat Umno Negeri di sini, semalam.

Beliau berkata, Puteri Umno hanya menjalankan tugas diamanah­kan jentera parti dalam meraih soko­ngan rakyat dan seharusnya perkara itu dilihat dalam aspek lebih profesional.

Dalam perkembangan lain, Rosnah berkata, Nik Aziz perlu memohon maaf kepada rakyat Kelantan kerana gagal mentadbir negeri itu.

Rosnah berkata, Kerajaan Pas Kelantan yang mentadbir negeri ini sejak tahun 1990 lalu gagal menyediakan kemudahan asas terbaik kepada rakyat, terutama bekalan air bersih. -SH

.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
2 April 2012 3:30 PG

kalau dah kuang ajaq tu bt apa pun tetap kuang ajaq...

ni bkn tok guru tapi tok garu...

pejuang hamas...

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger