"Ada Yang Tidak Kena Antara Wan Azizah-Shamsidar!!" - Bekas Pengasas PKR


KUALA LUMPUR 2 April - Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong mendedahkan bahawa Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Timbalannya, Shamsidar Taharin tidak berkomunikasi antara satu sama lain.

Lum Yong membuat kesimpulan itu berdasarkan pemerhatiannya selama 12 tahun dalam PKR sebelum meninggalkan parti itu untuk menyertai MCA pada Januari 2011.

Menurut beliau, riak wajah Shamsidar pernah dilihat berubah apabila bertembung dengan Wan Azizah yang juga isteri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis-majlis anjuran parti berkenaan.

"Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena antara Wan Azizah dan Shamsidar pada ketika itu. Bagaimanapun, saya kurang pasti status hubungan mereka selepas keluar PKR," jelasnya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. -UM
.
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger