Abby Abadi Akan Jadi Calon PAS Dalam PRU13??

PAS tidak tolak calon artis


PAS tidak menolak jika ada permohonan daripada PAS Cawangan dan Kawasan untuk meletakkan calon di kalangan para artis sekiranya calon tersebut boleh menjamin kemenangan dalam PRU13 nanti.

Perkara itu dijelaskan Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang ketika menjawab pertanyaan daripada hadirin dalam sesi dialog pada Majlis Makan Malam Pelancaran Dana Dewan Muslimat PAS Pusat, di Shah Alam, baru ini

Katanya, tidak salah menjadi pelakon atau penyanyi tetapi biarlah artis yang membuat kebajikan kepada masyarakat dengan menggunakan seni mereka untuk mendidik bukan mengkhayalkan mereka.

“Jika kita perintah negara, kita betulkan kehidupan mereka, kita dekatkan diri mereka kepada Allah,” katanya.

Ini kerana tambah beliau, penglibatan artis dalam PAS bukan perkara baru tetapi sejak dulu lagi cuma hari ini semakin ramai artis yang menyokong perjuangan PAS. -harakah


dkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

.


Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger