Yahudi Itu Zionis.... Zionis Itu Yahudi!! - Mufti Perak


Abdul Hadi: Boleh berniaga dengan Yahudi bukan Zionis


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis.

“Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ,” katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin PAS anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia di sini, malam tadi.

Turut hadir Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan PAS yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan PAS ataupun pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata PAS akan menukar minda orang Melayu supaya memperkasakan diri mereka dengan ajaran Islam.

Share this post :

+ comments + 1 comments

20 Mac 2012 7:37 PG

Hadi masih tercari- cari perkataan zionis di dalam al quran agaknya skang ni kan?

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger