Tu Diaaaaaa!! UMNO KEDAH... Awatnya?? Awatnya??


UMNO Kedah terpingga-pingga. Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri,Dato' Ahmad Basha Md Hanipa masih lena tidak nampak apakah peranan sebenarnya. Sehingga hari ini, sejak ia diumumkan Dato' Ahmad Basha Md Hanipa hanya memanggil mesyuarat Badan Perhubungan dan tidak langsung mempunyai gerak kerja yang teratur.

Khabarnya, perlantikan Ahmad Basha dibuat oleh Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak kerana mengenangkan Ahmad Basha adalah penyokong Najib. Bukan kerana kemampuan dan kewibawaan Ahmad Basha.

Peringkat awalnya, banyak pihak di Kedah mahukan Najib mengekalkan bekas Menteri Besar, Dato' Seri Mhdzir Khalid sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri tetapi, disebabkan bekas Perdana Menteri (PM) tidak berminat dengan Mhdzir, maka Najib tidak berani menghadapi risiko membuat perlantikan tersebut terhadap Mhdzir.

Kenapa Dr. Mahathir kurang berminat dengan Mhdzir? Ini disebabkan Mhdzir dikatakan memainkan peranan penting memastikan Tun Mahathir tidak menang bertanding menjadi perwakilan tujuh (G7) Umno Bahagian Kubang Pasu – dalam era Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Presiden Umno.

Kalau betul cerita ini, nampaknya Tun. Mahathir masih berperanan dalam politik Umno dan politik Barisan Nasional (BN). Malahan, perlantikan anaknya, Dato' Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah jelas membuktikan Najib mahu selamat dari serangan Dr. Mahathir.

Ketika ini, khabarnya Ahmad Basha hanya membenarkan Mukhriz berurusan dengan tiga sayap parti di Kedah, iaitu Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri. Maknanya, Mukhriz jangan cuba memandai-mandai mahu campur tangan dalam soal ketua-ketua bahagian yang secara otomatik menjadi Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno.

Ahmad Basha juga bimbang dengan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kedah yang dikatakan aktif bergerak ke seluruh bahagian-bahagian. Walaupun sudah ada ikrar dari kepimpinan Mubarak Kedah yang diketuai Dato' Paduka Abdul Rahman Ibrahim bahawa mereka tidak berminat untuk ditawarkan menjadi calon dalam pilihan raya akan datang, namun gesaan dan cadangan yang diutarakan kepimpinan Mubarak masih diperap.

Ketika Ahmad Basha terkial-kial mahu memulakan langkah, nasib baik Naib Cencelor Universiti Utara Malaysia (UUM) membantu untuk memburuk-buruk imej kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak – dengan mengaitkan kononnya cukai tanah UUM dinaikkan.

Ahmad Basha usah terkejut jika jawatan yang disandangnya terlepas kali ini kerana Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak tentunya berazam untuk merampas kembali Kedah dari tangan Pakatan Rakyat. Jika Najib tidak berkeyakinan, Ahmad Basha mempunyai kemampuan, walaupun mereka adalah kenalan lama, dan mempunyai sejarah kekeluargaan yang intim, Umno Kedah mungkin akan mempunyai Pengerusi BPUN yang baru tidak lama lagi.

Banyak isu-isu berkenaan PAS di Kedah tidak diguna pakai oleh Ahmad Basha,Setakat nak main PlaySafe baik tak payah jadi BPUN Kedah.MKP dengaq cerita peruntukkan untuk menggerakkan Cyber Trooper telah diberikan kepada Ahli seumur hidup PAS.24ribu sebulan tue, dari artikel yang MKP tengok tak banyak yang dia tulis pasal Kedah.Kalau macam nie gayanya nampaknya PAS akan gelak dekat UMNO Kedah yang masih lena diulit bantai mahal.

Kalau 24 ribu sebulan bagi dekat Ahli Pas Seumur hidup dan duit tue disonglap dan tak sampai kepada blogger lain yang dok buat keja apa kejadah nie Ahmad Basha.tolonglah tengok jangan dok dengaq cakap cakap tokey kilang kat Pekan Napoh tue banyak sangat,Depa nie bukan nak bagi perelok cuma pandai pelingkup pandai.

Yang MKP terbakaq Ahmad Basha kata blogger nie NYAMUK , bukan boleh buat apa pasang kelambu habis cerita.....Ini baru permulaan Abang Misai lepaih nie banyak lagi akan muncul........

sumber : BLOG MKP

.
Share this post :

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger