Sultan Selangor Ingatkan Khalid Ibrahim... Pelihara Status Tanah Rizab Melayu!!


SHAH ALAM, 19 MAC: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengingatkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat agar tidak sewenang-wenangnya memindahkan status tanah rizab Melayu kepada individu atau syarikat bukan milik Melayu dalam memastikan kemakmuran negeri terus terpelihara.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan mesyuarat Penggal Kelima Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kali ke-12 pagi tadi.


"Sehubungan ini, peruntukan Perlembagaan untuk Tanah Rizab Melayu mesti dipatuhi. Beta tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan Tanah Rizab Melayu kepada individu atau syarikat bukan milik Melayu.

"Beta percaya Datuk Menteri Besar, kerajaan Negeri Selangor dan semua kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan tanah sentiasa berwaspada mempertahankan Tanah Rizab Melayu dengan memastikan tidak ada yang bertukar status," titah baginda.

Enakmen Tanah Rizab Melayu diwujudkan bagi memastikan kawasan rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu dan
menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.

Dengan dua objektif itu adalah diharapkan tanah-tanah kepunyaan Melayu akan berkekalan dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman.

Dalam pada itu, Tuanku Sultan turut mengingatkan agar kebajikan rakyat terus menjadi keutamaaan walau dalam apa jua keadaan sekali pun.

Pentadbiran negeri haruslah bijaksana dalam memastikan pendapatan yang diperoleh diagihkan secara holistik dan ia seimbang dengan keperluan rakyat.

"Demi kebajikan negeri dan rakyat, kerajaan Negeri Selangor perlu mengutip hasil yang secukupnya dan menyimpan rizab yang sewajarnya untuk kegunaan semasa kecemasan. Beta difahamkan pentadbiran negeri telah dapat meningkatkan simpanan rizab negeri kepada RM1.9 Billion pada 2011," titahnya.

"Bantuan adalah sebagai sokongan dengan matlamat agar akhirnya golongan yang dibantu dapat berdikari.

"Bantuan dan subsidi tidak wajar diberikan kepada mereka yang berkemampuan dan tidak layak. Bagi kebajikan rakyat juga, perbelanjaan untuk infrastruktur perlu ditingkatkan secara berterusan bagi memastikan kualiti kemudahan awam sentiasa kekal baik," titah baginda lagi.

Dewan Negeri Selangor bersambung esok dan akan bersidang sehingga 30 Mac ini. -antarapos
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger