"Saya Rasa Macam Di Neraka!!" - Fouziah Gous


“Saya rasa macam di neraka,” ujar pelakon popular, Fouziah Gous berkongsi mengenai pengalamannya berlakon dalam filem seram, ‘Hantu Bukit Cina’ kira-kira dua tahun lepas. Fouziah ketika ditemui pada majlis sidang media filem tersebut di Restoran Michaelangelo’s Pavilion, baru-baru ini memberitahu mengalami pelbagai kejadian menakutkan sepanjang menjalani penggambaran filem terbitan Awards Maker Sdn Bhd itu.

“Saya dah banyak shooting filem seram tapi ini merupakan filem seram yang paling mencabar pernah saya berlakon. Dulu saya ingatkan benda-benda ini tak wujud, tapi lepas alami semua perkara itu, saya dah percaya sekarang,” ujar Fouziah yang memegang watak sebagai Jo dalam filem ini.

“Sepanjang dua minggu menjalani pengambaran di sebuah rumah yang terletak di Tumpat, Kelantan, saya rasa macam berada di neraka. Pelbagai pengalaman takut dan seram yang saya alami. Kejadian pelik ini mula berlaku bila salah seorang pelakon menari tarian Menora. Sejak itu, selama dua hari berturut-turut perkara seram berlaku.

“Bila saya duduk sebelah pelakon tersebut, saya rasa seram sejuk. Malam-malam dia akan muntah dan kadangkala mata dia merah seperti dirasuk. Benda ini berjangkit-jangkit pada pelakon dan juga kru produksi. Macam-macam masuk antaranya Raja Laut dan Puteri Saka. Selain itu, entah dari mana, tiba-tiba ada kambing datang. Malah, ‘benda’ itu juga melaga-lagakan kami,” ujar Fouziah yang kini sibuk menjalani penggambaran drama ‘Trilogi Cinta’. -gua-
Share this post :

+ comments + 2 comments

30 Mac 2012 10:54 PG

Pernahkah anda berada di neraka, wahai Fauziah Ghous? Usahlah disamakan dengan neraka, sebab ia adalah seburuk-buruk tempat untuk mereka yang kufur dengan nikmat Allah..

Moga-moga anda terus beriltizam menjadi lebih baik

Tanpa Nama
30 Mac 2012 12:51 PTG

Berhati-hati dengan kata-kata.Benar kata Berahim, penahke Minah ni jenguk neraka.Kalau betul, rasanya kita pasti akan dengar tajuk berita Fauziah Ghous menghilang diri dari dunia lakonan !!!!......selang beberapa ketika kemudian tajuk cerita mungkin begini. Saya telah insaf dan mengambil peluang mendekatkan diri kepada Allah SWT !!!!.

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger