Sampah Selangor - Khalid Ibrahim Membazir Lagi!!


Tindakan kerajaan negeri Selangor membeli sejumlah 50 buah lori sampah bagi membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) dan disewakan kepada kontraktor yang memerlukan dilihat sebagai satu pembaziran, menurut Persatuan Pengguna Subang & Shah Alam, Selangor (CASSA).


Kerajaan negeri sebelum ini hanya memberikan tugas itu kepada Alam Flora Sdn Bhd berikutan syarikat itu mempunyai peralatan yang cukup dan kepakaran dalam bidang tersebut.

Namun Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bertindak menamatkan perkhidmatan syarikat itu dan menyerahkan tugasan itu kepada PBT yang tidak mempunyai peralatan dan jumlah kakitangan yang secukupnya.

Presiden CASSA, Datuk Jacob George berkata natijahnya kerajaan negeri dilihat terpaksa menyediakan segala peralatan itu yang tentunya menuntut kos perbelanjaan yang jauh lebih besar.

"Tindakan kerajaan negeri ini merupakan satu pembaziran, sebelum ini menteri besar mendakwa bahawa pelantikkan PBT akan menjimatkan kos berjuta-juta ringgit tapi sedangkan beliau melantik syarikat yang tiada kepakaran dan pengalaman.

Siapa yang buat keputusan itu? Kerajaan negeri bazirkan wang rakyat. Keputusan pelantikan dibuat tanpa membuat kajian terperinci dan disebabkan ada kepentingan politik," katanya.

Exco Selangor, Ronnie Liu semalam mengumumkan kerajaan negeri akan membeli lori sampah secara berperingkat selewat- lewatnya April ini.

Beliau memberitahu peringkat pertama akan melibatkan sejumlah 50 buah lori.

Dalam pada itu, Jacob memberitahu CASSA bersama sekurang- kurangnya 16 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan program siri jelajah anti rasuah ke seluruh negara termasuk negeri- negeri naungan Pakatan Rakyat.

'OPS Benci Rasuah' itu akan membawa isu- isu bersabit penyelewengan sampah tetapi juga mengenai skandal pasir dan air yang berlaku di Selangor.

"Cassa bersama beberapa NGO yang lain akan melancarkan OPS Benci Rasuah dan menggerakkan kempen ini dalam siri jelajah mereka bagi menjelaskan kepada rakyat tentang kebocoran yang berlaku di bawah pimpinan Pakatan Rakyat," beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Lake View Club, Subang Jaya.

Program ini akan dimulakan di Pulau Pinang disusuli dengan Kedah, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor, dan Melaka.

Jacob menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh bahawa siri jelajah yang diadakan ini merupakan gerakan anti Pakatan Rakyat, sebaliknya ia lebih kepada kesedaran rakyat yang perlu tahu ke mana wang mereka digunakan.

Jacob memberitahu dana yang digunakan bagi menggerakkan program ini adalah 'duit poket' mereka sendiri dan bukan ditaja oleh mana- mana pihak. -antarapos
Share this post :

+ comments + 1 comments

17 Mac 2012 1:56 PTG

salam.mohon pautkan link blog CT
catsthinker.blogspot.com
tq..

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger