Puteri Bantu Mangsa Banjir Di Ampang... Mak Lampir Buat Apa? @RosnahARS @ybz99


Puteri Umno memberikan bantuan pakaian dalam wanita kepada mangsa banjir di Ampang dan Hulu Langat selepas mendapati barang keperluan tersebut antara yang diminta oleh mereka.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, bantuan tersebut diberikan terutamanya kepada golongan suri rumah, ibu tunggal dan juga kanak-kanak yang dilihat memerlukannya.

Menurutnya, hasil daripada lawatan rumah ke rumah yang dilakukan pihaknya mendapati mangsa-mangsa tersebut memerlukan pakaian dalam dan lampin bayi.

Katanya, dengan itu, pihaknya mengambil inisiatif mengagihkan barang-barang tersebut secara berperingkat sejak Khamis lalu.

“Kita dapati pakaian dalam merupakan antara barang diperlukan oleh mangsa banjir.

“Jadi kita agihkan pakaian dalam lengkap dari atas hingga ke bawah termasuk tuala wanita serta lampin bayi,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan rumah ke rumah mangsa di sini semalam.

Menurutnya, bukan itu sahaja, pihaknya turut menyalurkan bantuan makanan antaranya beras, biskut, makanan ringan, makanan dalam tin dan juga minuman seperti milo dan kopi.

Dalam pada itu, Rosnah berkata, tahun lalu Puteri Umno menubuhkan Misi Bantuan Banjir terdiri daripada sukarelawan-sukarelawan terlatih bagi membantu mangsa-mangsa bencana itu.

Katanya, sejak Ahad lalu, seramai 80 sukarelawan dikerah untuk membantu mangsa banjir masing-masing 40 orang di kedua-dua kawasan terjejas itu.

“Sukarelawan-sukarelawan ini membantu mangsa secara bergotong-royong membersihkan rumah mereka,” katanya. -SH
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger