PRU13 - Jangan Perjudikan Nasib Agama, Bangsa & Negara!!

Hasan Ali: ‘Jangan main-main buat pilihan’

GOMBAK – Pengundi-pengundi dikawasan Gombak dinasihatkan tidak memperjudikan nasib negara dan membuat pilihan tepat pada Pilihan Raya Umumke-13 (PRU13).

Presiden Jati, Datuk Dr HasanMohamed Ali berkata, rakyat diGombak perlu berfikir sebelum membuang undi dengan memikirkan nasib generasi yang akan datang.

Menurutnya, pengundi harus membuat pilihan atas parti mana yang boleh memperjuangkan Islam, Melayu dan institusi raja.

"Bolehkah DAP membawa perjuangan Islam, bolehkah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parasit dalam Pas mempertahankan Islam, Melayu dan Raja?" kata Hasan sewaktu berucap di Program Roadshow Akidah dan Kuasa Ketiga di Gombak Setia di sini,malamtadi.

Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia berkata, pengundi harus memikirkan masa depan ini dengan serius apabila keadaan orang Melayu semakin goyah akhir-akhir ini.

Katanya, hanya mempertahankan Islam, Melayu dan Raja mampu mengatasi kemelut yang dihadapi masyarakat sekarang.

"Sebagai contoh, Pakatan Rakyat (PR) sudah mempunyai gerak bahasa untuk meminda Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan iaitu kedudukan dan keistimewaan Melayu sekiranya mendapat 2/3 majoriti dalam Parlimen.

"Janganlan main-main membuat pilihan dan rakyat yang layak dan belum mendaftar mengundi di harap dapat mendaftar dan keluar mengundi kerana saat ini sangat penting dalam menentukan masa depan negara,"katanya. -SH
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger