#PASengal - Hubungan Dengan Zionis Haram, Dengan Israel Halal!!


Setelah Anwar Ibrahim, calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat menyatakan yang beliau “menyokong usaha melindungi Negara Israel”, dengan tidak semena-mena, Tuan Guru Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan, “Umat Islam boleh bekerjasama dan berniaga dengan Yahudi yang tidak berpandangan Zionis.”

Dan kemudiannya, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata pula bahwa, “Yahudi tetap haram dan apa bentuk urus niaga dengan mereka menghasilkan sebutir peluru yang telah dan bakal menembusi jantung umat Islam Palestin”.

Tetapi, kemudian lagi pula, Nasruddin menafikan kenyataannya sendiri dan memberi alasan bahawa ianya telah dipetik separuh sahaja oleh Sinar Harian. Beliau juga ‘memperbetulkan’ kembali apa yang dilapor oleh Sinar Harian dengan hujah-hujah yang menyamai hujah Hadi iaitu tidak salah berurusniaga dengan Yahudi yang tidak memusuhi umat Islam dengan memberi contoh bagaimana Rasulullah S.A.W berniaga dengan Yahudi.

Hadi dan Nasrudin boleh membelit dan boleh menepis kata-kata mereka sendiri semahu-mahunya.

Tetapi, mereka tidak boleh menepis sejarah. Kita tidak pernah lupa bagaimana mereka telah melabel kerajaan sebagai Zionis dan Tun Dr. Mahathir sebagai Firaun apabila buah pisang kaki Israel dibawa masuk dari Singapura pada tahun 2000. Bukankah ini juga merupakan hubungan dagang dengan Yahudi yang tidak memusuhi kita? Kenapa dulu haram dan sekarang halal?

Dan kita juga tidak lupa dengan drama PAS dan PKR meroyan dan histeria sakan apabila BN menggunakan khidmat syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan orang Yahudi, iaitu APCO sehingga melabelkan konsep 1Malaysia sebagai 1Israel. Walaupun telah diterangkan berkali-kali bahawa APCO bukan milik Yahudi dan Malaysia tidak pernah berhubungan dagang dengan Israel tetapi PAS dan PKR terus melompat-lompat di parlimen dan di jalanraya menolak hujah bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis.

Sungguh hebat sekali kebencian PAS terhadap Yahudi sehinggakan kelihatannya seolah-olah terlanggar bahu dengan seorang Yahudi di luar negara juga akan dilabel PAS sebagai Zionis.

Pemain kriket Yahudi juga dirujuk sebagai Zionis dan tidak boleh berhubung mahupun melihat mereka bermain atau akan jatuh hukum sebagai talibarut Zionis oleh PAS. Pendek kata, nama Yahudi, Zionis, Israel haram untuk disebut pun.

Dan siapakah yang menghasut budak-budak separa masak di Universiti Malaya untuk berdemo memboikot KFC dan McDonalds kerana kononnya kedua-dua perniagaan ini punya kaitan dengan Yahudi? Bukankah pada ketika itu, mati dalam keadaan berdemo menentang Yahudi adalah mati syahid mengikut fatwa PAS?

Sedangkan apakah bukti yang PAS ada bahawa KFC dan McDonalds itu menyumbang dana untuk Zionis? Tidak ada sama sekali.

Tetapi yang ada hari ini ialah bukti kukuh dan jelas bahawa Anwar Ibrahim, “menyokong usaha melindungi negara Israel”. Dan kata kunci di sini ialah “negara Israel”.

Dan dengan kata kunci ini, PAS boleh berpusing keliling menjelaskan bahawa berniaga dengan Yahudi tidak haram selagi mereka tidak berpandangan Zionis, tetapi PAS tidak boleh menafikan bahawa Anwar menyokong usaha untuk melindungi negara Israel, yakni, pastinya bererti Anwar mengiktiraf Negara Israel.

PAS juga tidak boleh menafikan bahawa selagi mereka berada di dalam Pakatan Rakyat, maka mereka secara rasminya menerima Anwar sebagai Ketua Pembangkang, yakni ketua mereka. Dan sebagai ketua, PAS wajib akur atas segala arahan serta menerima pendirian Anwar termasuk dalam isu Negara Israel ini.


Kesimpulannya, benar bukan semua Yahudi itu Zionis tetapi itu bukan isunya.

Isunya kekal mengenai persoalan apakah PAS tetap bersama Anwar walaupun jelas Anwar menyokong Negara Israel?! -beruang_biru
Share this post :

+ comments + 1 comments

29 Mac 2012 2:37 PTG

anusrael bkn hanya menyokong keselamatan negara israel tetapi mengiktiraf negara israel.ini bermaksud pencerobohan yahudi zionis ke atas palestin utk menubuhkan negara israel disokong olehnya yg juga bermaksud negara israel adalah negara pemerintah penduduk palestin yg dikira sbg warga israel dan akan ditindas, dasar inilah juga diterima pakai oleh pakatan di mana anusrael akan jadi pm dan dap akan memerintah malaysia sepenuhnya dgn menukar negara ini menjadi negara republik dan kristian sbg agama rasminya

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger