PAS Kelantan Yang Patut Ada Jawatankuasa Pemandu, Bukan PAS Kedah!!

PAS Pusat Dicadang Tubuh Jawatankuasa Pemandu Selesai Isu Air Kelantan

KUALA LUMPUR: PAS Pusat dicadang agar menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu bagi memantau serta menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Kelantan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, penubuhan jawatankuasa berkenaan perlu memandangkan kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS gagal menyelesaikan isu air bersih di negeri itu.

"Saya ingin cadangkan agar PAS Pusat tubuh Jawatankuasa Pemandu sama seperti di Kedah untuk selesaikan isu air.

"Sekarang ini kerajaan negeri tak boleh selesaikan...jadi harap PAS Pusat selesaikan," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk LilahYassin (BN-Jempol) mengenai langkah yang diambil Kementerian Pelajaran bagi menyelesaikan masalah air bersih di sekolah-sekolah di Kelantan.

Terdahulu Mohd Puad memberitahu bahawa Kementerian Pelajaran memperuntukan sejumlah RM27.3 juta sejak 2008 bagi membina 91 buah perigi tiub di sekolah-sekolah di negeri berkenaan.

"Berdasarkan rekod, sebanyak 77 buah sekolah daripada 585 sekolah di Kelantan menghadapi masalah air bersih. Namun terdapat 39 buah sekolah daripada 77 buah sekolah itu menghadapi masalah air yang kritikal.

"Malah pinjaman RM567 juta oleh kerajaan Pusat kepada kerajaanKelantan juga gagal menyelesaikan isu air di Kelantan," katanya menjawab soalan asal Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang ingin mengetahui sama ada Kementerian Pelajaran bercadang untuk melaksanakan bekalan projek air bersih di sekolah-sekolah seluruh Kelantan. -mstar
Share this post :

+ comments + 1 comments

26 Mac 2012 1:06 PTG

Salam... Jangan lupa add http://exception2008.blogspot.com/. Tq...

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger