Ogy Batal Saman... Johan 'Zip Mulut'!!


Meskipun ada khabar angin yang mengatakan hasrat saman Fauziah Ahmad Daud atau Ogy terhadap Johan (Raja Lawak) dibatalkan, namun nampaknya Johan masih belum dimaklumkan secara sahih mengenai perkara itu.

Akibatnya, Johan terpaksa 'tutup mulut' apabila ditanya media mengenai perkembangan terkini itu. Katanya, dia hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan akhbar dan tidak berhasrat untuk bercerita panjang mengenai kes tersebut.

"No comment," ujar Johan dipetik sebagai berkata sebaik pertandingan akhir program Raja Lawak musim ke enam di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor Jumaat lepas.

"Setiap pagi memang saya membaca semua akhbar bagi mendapatkan maklumat untuk program yang dikendalikan di Era dan mengetahui daripada situ," tambahnya.

Untuk info, Ogy sebelum ini beriya-iya berhasrat menyaman Johan kerana didakwa telah mempersendakannya dalam Festival Filem Malaysia Ke 24 (FFM24) lalu. Menurut Ogy, lawak Johan telah menjatuhkan maruahnya sebagai artis lama apabila mempersendakan Allahyarham ibu bapanya iaitu seniman Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah.

“Industri kita bukan besar mana pun. Mungkin pada masa akan datang kami akan bekerjasama. Jadi buat apa panjang-panjangkan hal macam ini.

“Memang betul saya marah dengannya sebelum ini tetapi selepas beberapa ketika saya mula sejuk hati dan sudah memaafkan dia,” jelas Ogy sebagai berkata mengenai hasrat membatalkan saman tersebut. -myartis
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger