Lim Guan Eng Pengecut... Takut Jumpa CEO Lynas!!

Pakatan Rakyat Tolak Pertemuan Guan Eng - CEO Lynas

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menolak pelawaan rasmi Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Lynas Corporation, Nick Curtis yang ingin mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Penolakan pelawaan tersebut dibuat menerusi mesyuarat pakatan pembangkang di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Curtis sepatutnya datang sendiri ke Malaysia dan bertemu rakyat bagi menjelaskan mengenai projek pembinaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan.

"Kepimpinan Pakatan Rakyat bersetuju agar saya tidak berjumpa CEO Lynas. Beliau seharusnya berjumpa dengan rakyat yang terjejas terlebih dahulu.

"Selepas itu baru boleh jumpa saya atau pemimpin Pakatan Rakyat yang lain kerana rakyat haruslah diutamakan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen di sini.

Sebelum ini Curtis menerusi email kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang mempelawa untuk bertemu dengan Lim semasa beliau mengadakan lawatan rasmi ke Australia pada 23 Mac ini.

Curtis mahu memberi penjelasan kepada Lim mengenai komen beliau sebelum ini mengenai impak sampingan daripada bahan radioaktifberhubung pembinaan kilang berkenaan.
Share this post :

+ comments + 1 comments

Tanpa Nama
13 Mac 2012 7:33 PTG

macamana tak takut nak jumpa , this apek lim and all apeks in DAP are idiots , all DAP apeks who self proclaimed 'PROFESIONAL' dont even know what radioactive are? #moron

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger