Mahfuz Tak Puas Hati DS @NajibRazak Rahsiakan Tarikh PRU13!!

KUALA LUMPUR, 21 MAC: Pembangkang hari ini menggesa Perdana Menteri mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 segera bagi mengelakkan sebarang kesukaran di kemudian hari.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata, hal ini bagi memudahkan semua pihak untuk merancang aktiviti masing-masing sepanjang tempoh April hingga Jun ini.

"Sepatutnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus mengumumkannya lebih awal 3 bulan awal atau 6 bulan awal..kerana rakyat perlu buat banyak persiapan, saya bimbang jika lambat diumumkan ia sekaligus akan menafikan hak rakyat,"katanya.

Khabar angin bertiup kencang Najib akan membubarkan Parlimen dalam waktu terdekat iaitu sebaik sahaja sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara berakhir.


Mengulas lanjut pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, Mahfuz berkata, Najib seharusnya mencontohi negara luar yang membuat pengumuman tarikh pilihan raya awal.

"Kita tahu rakyat ramai yang memilih waktu cuti sekolah ini untuk pergi membuat Umrah, ada yang pergi satu keluarga dan ada yang melangsungkan perkahwinan mereka pada cuti sekolah ini," ujar beliau.

Najib malam semalam ketika diajukan mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 meminta supaya semua pihak termasuk media memahami bahawa beliau perlu menyimpan sesetengah maklumat.

Perdana Menteri berkata, melontarkan pertanyaan mengenai tarikh pilihan raya tidak ubah seperti meminta ketua pegawai eksekutif syarikat Coca Cola untuk mendedahkan ramuan minuman ringan terkenal yang menjadi rahsia sejak sekian lama.

"Saya pasti anda semua memahami kenapa saya tidak boleh memberitahu tarikh itu. Meskipun saya tahu, saya tidak boleh mendedahkan perkara itu,” katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di sini.

Namun menurut Mahfuz, Najib harus memikirkan nasib rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yang bercadang mendirikan rumah tangga sekitar Jun, di mana khabar angin mengatakan, pilihan raya akan berlangsung pada cuti sekolah bulan itu.

"Jangan sampai menyulitkan majlis kenduri kahwin, tetamu sudah dijemput dan ini akan menyulitkan orang ramai," katanya lagi.

Selain itu Mahfuz turut mengingatkan Perdana Menteri di antara April hingga Jun, terdapat banyak tarikh penting yang akan disambut oleh seluruh rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik.

"Yang ketiga di Sarawak ada sambutan hari Gawai pada waktu itu dan juga di Malaysia akan merayakan Hari Keputeraan Agong, bagi saya ia tidak wajar ada perdebatan-perdebatan pilihan raya di kalangan rakyat sedangkan Agong adalah payung kepada rakyat," katanya.

Rakyat Malaysia akan menyambut hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 2 Jun ini.

Sementara rakyat Sabah dan Sarawak masing-masing akan menyambut Pesta Keamatan Sabah bermula pada 30 hingga 31 Mei dan Hari Gawai Sarawak pada 1 hingga 2 Jun. -antarapos
Share this post :

+ comments + 2 comments

Tanpa Nama
22 Mac 2012 8:36 PG

kih kih kih., beritahu tarikh mengundi 3 bulan lebih awal supaya Pengencing Rakyat boleh mengumpulkan hantu2 serata negara dan dunia supaya datang mengundi sebagai pengundi hantu. 3 bulan itu juga masa yg cukup utk mengajar hantu hantu itu bagaimana nak memegang pensel utk memangkah undi.

ismael zaharee
22 Mac 2012 4:24 PTG

3 bulan tu
awat PR sebelom nie tak melalak pasal nie
saja ja tue
taktik depa..
hoh

"jangan biarkan hati yang buta memimpin akal yang cerdik"

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger