Hambik Kau!! Adun DAP Sekinchan Disaman RM20 Juta!! @NohOmar

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memfailkan saman berjumlah RM20 juta terhadap kerajaan negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah ke atasnya.

Menurut Noh, beliau menyaman RM10 juta terhadap kerajaan negeri itu dan RM10 juta lagi terhadap Ng.

Ini berikutan akhbar rasmi kerajaan negeri, Selangor Kini menyiarkan artikel bertajuk ‘Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan’, ‘Noh Omar khianat petani’ dan ‘Noh Omar lesap RM110 juta dan khianati petani’ pada 25 November hingga 2 Disember lalu yang disifatkan Noh sebagai fitnah.

Selangor Kini turut menyiarkan kenyataan Ng dalam penyiaran artikel berkenaan.

Noh dalam sidang media di lobi parlimen berkata saman telah difailkan pada 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan pendengaran kes berkenaan adalah diputuskan 22 Mac ini.
Noh diwakili oleh syarikat guaman, Messrs Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak.

Menurut Noh, tindakan diambil atas kapasiti peribadi memandangkan kerajaan negeri didakwa menjatuhkan reputasinya sebagai seorang Menteri, Adun dan Timbalan Pengerusi Umno Selangor.

“Mereka cuba tunjuk saya sebagai seorang perasuah. Kerajaan PKR Selangor bimbang bila tengok rakyat kembali sokong Barisan Nasional (BN) maka mereka cuba membuat tindakan sedemikian,” katanya.

Dalam saman terhadap kerajaan negeri, enam individu turut dinamakan termasuklah Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin dan sidang pengarang akhbar Selangor Kini.

Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger