Final BN Youth Music di The Curve Petang Ini...Siapa Juara?? @JamawiJaafar @KhairyKj



Penentuan juara pencarian bakat baru menerusi BN Youth Music akan tiba di kemuncaknya petang ini apabila seramai 60 peserta dari seluruh negara selesai bertarung dalamperingkat separuh akhir semalam bagi merebut wang tunai berjumlah RM129,000 serta peluang merakamkan lagu di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia.

Seramai 25 peserta solo, 20 band dan 15 vokal berkumpulan telah bertarung di peringkat separuh akhir semalam, manakala empat peserta daripada setiap kategori yang berjaya ke peringkat akhir akan menunjukkan kehebatan mereka hari ini 4 Mac 2012 (bermula jam 3.00 petang) di The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin berkata, peserta yang layak ke peringkat akhir akan membuat persembahan secara langsung dan diadili lima juri berpengalaman dalam bidang masing-masing seperti Jason Lo, Jehan Miskin, Tam Spider dan wakil Universal Music Malaysia, Mujahid Abdul Wahab.Menurutnya, program anjuran Biro Kebudayaan dan Kesenian Pemuda Barisan Nasional ini memberi peluang kepada golongan muda yang berbakat dalam bidang muzik.

"Jika sebelum ini, ribuan peserta bersaing dengan memuat naik video persembahan mereka menerusi laman web rasmi BN Youth Music, namun kini kita bakal menyaksikan 12 peserta akan berentap di peringkat akhir bagi membuktikan kehebatan mereka.“Insya-Allah sekiranya program ini berjaya, kita akan teruskan lagi program seumpama ini pada masa akan datang memandangkan sambutan diberikan cukup memberangsangkan,” katanya semasa sidang media program itu.

Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak dijangka turut hadir menyaksikan anak-anak muda Malaysia mempamerkan bakat mereka dalam bidang muzik petang ini! Jom ramai-ramai datang memberikan sokongan!!!
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger