Anwar Sedia Berdebat Dengan RPK - Tak Mahu Cerita Buruknya Didedahkan Wikileaks!!

Anwar sedia berdebat

KUALA LUMPUR 22 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini enggan berdebat dengan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, hari ini menukar pendirian dan bersedia untuk berbuat demikian termasuk dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua pembangkang itu berkata, beliau bersetuju untuk berdebat setelah dicadangkan berbuat demikian oleh pengasas WikiLeaks, Julian Assange yang menghubunginya malam tadi.

Menurut Anwar, Assange mencadangkan beliau berdebat dengan Raja Petra dan Najib secara terbuka dan Assange akan menganjurkan debat tersebut secara langsung. Saya telah memberi jawapan untuk bersetuju kepada Assange melalui Twitter," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, Assange tidak memaklumkan mengenai tarikh debat berkenaan, namun, beliau bersedia pada bila-bila masa untuk menyertai debat itu yang boleh diikuti oleh seluruh dunia. -UM
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger