Pendirian Nik Aziz Asyik Diperlekehkan Oleh Anwar!


PAS Lemah, Gagal Desak Anwar Tarik Balik Kenyataan - Rosnah

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pemimpin PAS dilihat lemah setelah tidak mampu berbuat apa-apa termasuk mendesak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel, yang bertentangan dengan pendirian parti itu.

Beliau berkata tidak ada gunanya jika PAS terus bertegas dengan pendirian tidak sesekali mengiktiraf hak Yahudi terhadap bumi Palestin tetapi pada masa yang sama merelakan sekutunya secara terang-terangan menyokong keselamatan Israel.

Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata keengganan Anwar menyaman The Wall Street Journal (WSJ) sepatutnya disusuli dengan tindakan menarik balik sokongannya terhadap isu keselamatan Israel jika beliau benar-benar menghormati pendirian PAS.

"Kenyataan Anwar kononnya Datuk Nik Aziz Nik Mat mendengar dan memahami penjelasannya berhubung isu itu juga membuktikan betapa pandangan Mursyidul Am PAS dipandang remeh oleh Ketua Pembangkang," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Beliau mengulas pertemuan antara Anwar dengan Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, di sini semalam berhubung kenyataan Anggota Parlimen Permatang Pauh itu yang menyokong keselamatan Israel seperti dilaporkan WSJ.

Selepas pertemuan itu, Anwar berkata Nik Aziz memahami penjelasan beliau berhubung kenyataannya itu namun, Nik Aziz dalam kenyataannya hari ini berkata PAS tetap tidak mengiktiraf "negara haram" Israel.

Rosnah berkata Puteri Umno percaya keengganan Anwar menyaman WSJ adalah kerana beliau sememangnya memberi sokongan kepada Israel dan secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan rejim Zionis yang secara terang-terangan menindas rakyat Palestin.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya berkata PAS perlu lebih tegas dalam menegakkan prinsip-prinsip perjuangan parti berlandaskan Islam dan tidak tunduk kepada kata-kata manis atau pujuk rayu mana-mana pihak yang dengan jelas tidak sehaluan dengan mereka.

Beliau berkata percanggahan prinsip antara PAS dan Anwar dalam banyak perkara sudah kerap kali berlaku.

"Adakah PAS benar-benar mahu berpakat dengan Anwar? Percanggahan prinsip seperti ini dah banyak kali berlaku. Jangan semata-mata dipujuk rayu, PAS akur," katanya kepada Bernama. Di KOTA BAHARU, bekas Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Prof Datuk Dr Hussin Ab Rahman berkata beliau melihat adanya keretakan dalam kerjasama antara PAS dan Anwar berikutan isu itu.

Beliau berkata perbezaan pendirian PAS dan Anwar berkaitan Israel sudah tentu mengecewakan Nik Aziz dan pemimpin PAS, yang selama ini begitu ghairah bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Tidak mengejutkan kita PAS tidak terima Israel kerana PAS parti yang diasaskan atas dasar Islam seperti Umno yang ditubuh atas dasar Islam," katanya kepada Bernama hari ini.

Dr Hussin yang kini bertugas sebagai Profesor Undang-Undang di Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam, berkata Nik Aziz kini dilihat dalam keadaan serba salah, kerana keghairahan PAS untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP mulai mengundang keretakan dalam hubungan kerjasama pakatan pembangkang. -BERNAMA
Share this post :

+ comments + 1 comments

23 Februari 2012 10:44 PTG

Nak betulkan sikit prof,
Umno ditubuhkn atas dasar Islam tapi pas ditubuhkan bukan atas dasar Islam. Sebaliknya pas ditubuhkn atas dasar kecewa dan amarah setelah pengasasnya kecewa dengan Umno.

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger