Malaysiakini Back-up Pelanggan Racist KFC i-City

Perakam video Youtube tampil cerita insiden di KFC

Individu di sebalik akaun Youtube Jess6366 yang memuat-naik dua video mengenai pekerja KFC i-City yang didakwa mengkasari seorang pelanggan, hari ini tampil mencerita kejadian tersebut.

Dia yang tidak mahu namanya disebut nama atau diambil gambarnya, berkata dia pada mulanya berada dalam barisan yang sama dengan mangsa kejadian itu, Danny Ng, ketika insiden itu berlaku.

"Pada kira-kira pukul 9.30 malam, saya ternampak satu lagi barisan
yang tidak ramai orang, jadi saya beralih ke sana. Terdapat lima orang yang berdiri di hadapan saya, manakala di barisannya (Ng) terdapat kira-kira 10 orang.

"Apabila sampai giliran saya, jam sudah pukul 10.45 malam, manakala terdapat seorang pelanggan di hadapan Ng.  Apabila sampai gilirannya, ayam sudah habis kerana saya adalah orang terakhir membeli semua ayam," katanya dalam satu sidang akhbar di Klang hari ini.

Ng, dakwanya, yang marah kerana pengurus di situ tidak memberitahu pelanggan bahawa ayam sudah kehabisan, telah meninggikan suaranya terhadap pekerja di situ.

Bagaimanapun, dakwanya, selain daripada seorang pekerja memanggil Ng 'babi' dan memintanya buat ayam goreng sendiri, tidak ada perkataan kesat atau berbaur perkauman yang digunakan oleh mana-mana pihak. -mkini
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger