Luahan Hati Seorang 'Blogger Berbayar'... @NajibRazak @ShahrizatJalil @PapaGomo

[klik imej untuk gambaran lebih jelas]

Sebahagian dari printscreen di atas dipetik dari blog seorang blogger tersohor(?) yang telah menyebabkan seorang Panglima Kanan TLDM terpaksa memikul kesilapan - meletakkan jawatan kerana kesengalan minda blogger tersebut memaparkan kerahsiaan pertahanan negara di dalam kapal selam, kerana sikap kebudak-budakkan/ childishnya yang mahu bermegah dialah blogger pertama memasuki Scorpene.

Banyak lagi kesilapannya (yang boleh menjadi barah kronik kepada UMNO/BN) yang telah Maya senaraikan; tunggu masa yang sesuai untuk Maya dedahkan satu-persatu. Bukak lapis demi lapis... Tak suspen nanti kalau Maya 'bogelkan' terus, iye tak?? Heheee..... ;-)

Sekali lagi blogger tersohor yang semakin mengalami zaman malapnya menyerlahkan sikap kebudak-budakan/childish (upsss memang BUDAKpun... umur belum mencecah 30an) bila mengkelaskan bloglistnya kepada dua bahagian;- BLOGGER BERBAYAR & (so-called) BLOGGER TAK BERBAYAR...

Mari kita gelak beramai-ramai bila dia meletakkan dirinya dan balaci2 bawahannya sebagai 'blogger tak berbayar'... Mereka yang boleh menumpukan sepenuh masa 24/7 di hadapan laptop, ipad, gtab dan segala macam gajet mahal untuk berblog adalah blogger tak berbayar, lucu bukan?? Mana mereka mendapat wang untuk menampung hidup? Maya belum mahu dedahkan punca pendapatan & kaedah cari-makan mereka sekarang; biarkan dulu pembaca menilai tahap mentaliti mereka setakat ini...

Kenapa mereka jaki sangat dengan UMB?? Terlalu panjang juga untuk Maya huraikan di sini... tunggulah masa yang sesuai. Sekarang kita bangkitkan soal BAYAR-TAK-BERBAYAR dulu...

Apa yang perlu disembunyikan? UMB (Unit Media Baru) adalah sebuah biro di bawah sayap parti, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia... selayaknya kami mendapat sedikit peruntukan untuk menumpukan sepenuh masa & khudrat berjuang untuk survival parti keramat ini.  Itupun baru 2-3 bulan dapat merasa imbalan setimpal selepas ditubuhkan sejak 2009.  Selama ini UMB hanya memperoleh peruntukan sesekali semasa PRK/PRN... (percaya atau tidak, sampai kami terpaksa berseloroh biar ada ramai Wakil Rakyat/ Ahli Parlimen meninggal dunia supaya kami dapat menikmati pendapatan bila diadakan PRK)

Apa yang dikecapi sekarang kami tadah dengan penuh rasa syukur walaupun tidak dapat bermewah lepak di coffee house Seri Pasific seperti pihak sebelah sana - 'so-called-polong-tak-bertuan'. Dengan peruntukan bulanan yang ada, kebanyakkan blogger UMB belum terfikir untuk berhenti kerja dan menumpukan kepada tugas2 blogging sepenuh masa seperti pihak di sebelah sana - 'so-called-blogger-tak-berbayar' (terutama yang sudah berkeluarga, belum mampu untuk menampung keseluruhan perbelanjaan keluarga).

Maya sendiri terpaksa membuat beberapa kerja sambilan untuk menampung hidup... tak mampu untuk memiliki KIA Sportage, masih menaiki pengangkutan awam untuk bertemu, tengok wayang dgan yang tersayang di Alamanda, Putrajaya.

Untuk pengetahuan; peruntukan yang diterima UMB adalah DIAUDIT bagi memastikan tiada penyalahgunaan dan kerja2 kami tertakluk kepada KPI tertentu yang harus dilaporkan pada setiap bulan kepada pihak berkenaan... Telus & Akauntabalis - bukan main sauk masuk poket & tabur sesuka hati!

Apa rahmatnya dari semua yang kami perolehi? Kami tidak perlu mengugut 'wang perlindungan' dari mana-mana pemimpin dan kami ikhlas mempromosi pemimpin UMNO/BN yang cakna & prihatin dengan permasalahan rakyat, dan kami jujur menegur pemimpin UMNO/BN yang boleh menjadi liabiliti kepada parti/kerajaan. Selain tidak melupakan kewajipan untuk menghentam Anwar & konco2nya berhabis-habisan - tanpa bias & prejudis.

Konklusi dari coretan ini; tak usahlah berlidung dalam apa jua name-calling seperti 'polong tak bertuan' atau 'blogger tak berbayar' bila semua orang tahu hakikat yang sebenarnya. Pemimpin2 dan pengarah agensi yang sudah diperdaya oleh golongan sebegini perlu sedar sebelum terlambat... YOU ARE CREATING A MONSTER... A DEMN BAD-BIG-UGLY MONSTER!!


.
Share this post :

+ comments + 16 comments

Tanpa Nama
24 Februari 2012 9:41 PTG

apa masalah ko ni? x abis2 nak buka pekung org.bodoh nak mampus.ni ker cara ko nak dpt rating? mak bapak ko x ajar ker?

Tanpa Nama
24 Februari 2012 9:45 PTG

hehehee blogger-tak-berbayar jugak ke ni komen??

24 Februari 2012 10:04 PTG

perghhh... pawe la my dear!!! <3

24 Februari 2012 10:18 PTG

Maya kejam la you ni!

Tanpa Nama
24 Februari 2012 10:34 PTG

Itu la pileh boifren xde kereta, kena naik bas gi deting... Kalo pileh boifren ada Kia Sportage kan dah senang idop!

Tanpa Nama
24 Februari 2012 10:36 PTG

kerja/usaha anda akan dibalas pahala atau dosa.
beruntunglah mereka yang dibalas pahala. sebaliknya, celakalah sesiapa yang melakukan dosa dan tidak bertaubat.
kerjalah dengan ikhlas kerana ALLAH. BUKAN KERANA WANG. duit bukan segala2nya.

Tanpa Nama
25 Februari 2012 1:06 PG

Hmmmmm, nampaknya Tun Faisal memang nak cari pasal ni kan? Kenapa korang tak cerita pasal UMB dok sakau duit rakyat 300 ribu sebulan? Bukan sikit ooo...banyak tu, apa korang dok bising pasal orang lain makan duit? 300 ribu sebulan tu apa korang buat? Bela Anuar Reform? Bela bekas PKR? Makan sesama sendiri pastu berlakon kata berjuang fisabilillah?

Tun Faical
25 Februari 2012 1:08 PG

Pelik la, blog kau ranking tinggi kan? Kenapa user onine 5-6 orang je? Beli ranking ek?

Tanpa Nama
25 Februari 2012 1:13 PG

siapa fitnah 300 ribu tu??? 1.5 juta laaa... kui kui kui!!

25 Februari 2012 2:20 PG

hahahahahaha...matang sungguh org yg komen..

25 Februari 2012 2:29 PG

Heyyy, I'm not f*cking with THE BEST...... I'm just f*cking THE F*CKER!

Tanpa Nama
25 Februari 2012 2:38 PG

omak aii..baguih betui la polong tak bertuan tu,pakai kereta hebat lepak kopiii house,gadjet canggih.pastu mengaku blogger tak berbayar..padahal kiri kanan sapu..kalau boleh semua negeri nak masuk.cari job nak bela polong tu..

Tanpa Nama
25 Februari 2012 3:33 PG

haaa dak meroyan la pulak pencacai pau-pau gomol nie................waaaa habis terlondeh mana mau lari rahsia dah pecah lepas nie rasakan bila gomol fitnah orang tak ingat............kia sportage sapa aksi jawaaaaaaaaaaaaabbbbbbbbbbb bodoh

25 Februari 2012 8:22 PTG

Gaduh jgn xgaduh...hahahaha

Tanpa Nama
28 Februari 2012 4:27 PTG

KORANG NAK BERADUH SESAMA SENDIRI ITU TERPULANG LAH JANJI JANGAN BELOT PADA UMNO DAN BN...

Anti Raja Drama Tua
28 Februari 2012 6:13 PTG

Gomo memang memalukan UMNO dan kerajaan pimpinan Najib ajer...Aku pun sokong UMNO/BN tapi aku sendiri malu dgn perangai Gomo..

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger