Lim Guan Eng Meracau Bila BN Lantik Exco Sendiri...

DAP bidas kenyataan Shafie, lantik exco kenal pasti golongan miskin

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini membidas kenyataan  Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal berkenaan bantuan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR), dan melantik ahli jawatankuasa eksekutif  kerajaan negerinya mengenal pasti lebih lanjut golongan miskin dan miskin tegar di negeri terbabit.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Lim berkata, beliau telah melantik exco kerajaan negeri, Phee Boon Poh bagi mendapatkan maklumat keluarga miskin dan miskin tegar yang telah diberi bantuan oleh Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Zainal Abidin Osman.

"Hanya selepas tiga tahun, barulah Zainal sudi menjelaskan bahawa SPKR telah memberikan sebanyak RM1.1 juta kepada kepada 301 keluarga miskin, dan bukannya kepada 22 buah keluarga miskin tegar seperti dipetik laporan akhbar Berita Harian pada 26 Februari 2009," tegas Lim.

Laporan itu tidak menyebut istilah Nibong Tebal atau sama ada 22 buah keluarga miskin tegar hanya daripada Nibong Tebal.

"Sekiranya RM1.1 juta diagihkan kepada 22 buah keluarga miskin, maka setiap keluarga akan memperolehi RM50,000," tambah Lim.

"Dalam penjelasan terbaru oleh Pengerusi Perhubungan Umno negeri itu, 301 keluarga telah menerima RM1.1 juta, dan ini bermakna setiap keluarga miskin memperolehi RM3,654," tambahnya lagi.

Menurut Lim lagi, Phee telah pun menulis dua surat pada 7hb April 2009 dan 12 Mei 2009 kepada Zainal, tetapi beliau enggan memberikan sebarang jawapan dan Phee telah membuat satu laporan polis pada 31 Julai 2009, meminta siasatan polis dalam perkara ini tetapi masih tiada sebarang tindakan diambil.

"Perlu ditanya mengapa hanya 301 buah keluarga miskin yang mendapat faedah sedangkan ada lebih 700 keluarga miskin tegar di Pulau Pinang. Mengapa 400 buah miskin tegar lagi tidak mendapat perhatian daripada kementerian?" soal Lim.

Lim turut membidas kenyataan Zainal yang menyatakan bahawa jumlah RM1.1 juta itu adalah sebahagian daripada bantuan keseluruhan SPKR di Pulau Pinang dari 2008 hingga 2012 untuk membantu 3,938 peserta miskin dan miskin tegar dalam lebih 3 tahun ini kepada golongan tersebut menerima secara purata setiap keluarga menerima RM5,815 daripada jumlah keseluruhan RM22.9 juta.

"Ini menimbulkan persoalan macam mana 3,938 keluarga miskin dipilih oleh Zainal atau pihak kementerian persekutuan kerana masih ada ramai keluarga miskin yang tidak menerima bantuan RM5,815 tersebut,"tegasnya.

Shafie dalam kenyataannya sebelum ini menafikan berlakunya penyalahgunaan skim tersebut di Pulau Pinang.

"Saya sebagai menteri berkaitan menafikan dakwaan tersebut dan kerajaan telah berusaha sebaik mungkin membantu golongan miskin dan miskin tegar," tegasnya membidas kenyataan Lim sebelum ini.

Kerajaan pada Oktober 2011 telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM53.64 juta setahun bagi membantu 217,000 masyarakat miskin di Pulau Pinang yang meliputi warga emas, ibu tunggal, golongan kurang upaya, di bawah Program Membasmi Kemiskinan 1Malaysia (KAR1SMA).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jumlah tersebut diperuntukan kerajaan melebihi jumlah bantuan yang dihulurkan kerajaan negeri.

Ketika pembentangan Belanjawan 2012, Perdana Menteri berkata kira-kira 500,000 rakyat seluruh negara akan mendapat manfaat di bawah KAR1SMA yang akan menerima RM300 sebulan kepada golongan warga emas miskin dan RM100 untuk kanak-kanak miskin.

Tambahnya, KAR1SMA yang dilancarkan September tahun lalu sebahagaian daripada Program Transformasi Kerajaan melalui NKRA isi rumah berpendapatan rendah bagi memastikan tiada rakyat Malaysia tercicir daripada pembangunan negara.

Jelas Najib, Belanjawan 2012 akan merancakkan lagi program transformasi kerajaan yang akan memberi manfaat kepada setiap rakyat daripada pelbagai lapisan. -TMI

Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger