Klinik Bergerak 1Malaysia Akan Menjelajah Ke Perkampungan Orang Asli

BENTONG: Klinik Bergerak 1Malaysia akan terus menjelajah ke perkampungan Orang Asli bagi memudahkan masyarakat itu mendapatkan rawatan kesihatan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata perkhidmatan itu juga akan turut menjelajah ke kawasan-kawasan pedalaman dan luar bandar mengikut jadual ditetapkan.

"Lima lagi klinik bergerak 1Malaysia akan diadakan di negeri Pahang bagi membolehkan lebih kerap rakayat negeri ini terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman mendapat rawatan mudah dan secara percuma," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sumbangan angpau dan perjumpaan dengan penduduk Orang Asli di Kampung Ulu Semie Bentong, dekat sini, Sabtu.

Katanya setakat ini terdapat dua klinik bergerak yang memberikan perkhidmatan rawatan kesihatan kepada penduduk luar bandar di kawasan Pahang Barat.

Dalam pada itu Liow yang juga Anggota Parlimen Bentong berkata kerajaan tidak meminggirkan masyrakat Orang Asli, malah pelbagai usaha dijalankan bagi memastikan masyarakat pribumi itu mengecap kemudahan dan pembangunan yang dijalankan kerajaan.

"Kerajaan negeri dan pusat akan menyediakan peruntukan yang secukupnya bagi melaksanakan pembangunan di 14 perkampungan Orang Asli di Bentong ini," katanya.

Justeru katanya Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Tok Batin boleh mengemukakan permohonan secara terus kepadanya untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

"Kemungkinan peruntukan yang disediakan tidak mencukupi, namun mereka boleh membuat permohonan peruntukan tambahan sekiranya merasakan penting dan berfaedah untuk pelbagai program dan akitiviti penduduk," katanya. - BERNAMA

.
--- Maya de Jendela ---


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Share this post :

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger