Khalwat: Isteri Kedua Badrulamin @Inafiona Malu Nak Ikut Suaminya ke Siasatan JAIP!!

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Badrulamin Bahron 
tiba di pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sini Isnin 
untuk memberi keterangan berhubung kes khalwat yang membabitkan isteri orang. 
Badrulamin ditemani isteri pertamanya, Zumrah Husni (kiri)

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa insiden beliau ditangkap khalwat dengan seorang wanita bersuami pada Sabtu lalu merupakan perangkap terancang yang didalangi Umno.

Malah menurut beliau, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.

"Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.

"Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Pada Ahad Badrulamin tampil menafikan bahawa beliau ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri orang oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) pada awal pagi Sabtu di sebuah hotel di Balok..

Malah Badrulamin mendakwa kejadian berkenaan merupakan tindakan terancang pihak tertentu untuk memerangkap dan mengaibkan beliau.

Dalam pada itu ditanya kemungkinan peragkap yang dimaksudnya itu didalangi oleh ahli PKR dan penyokong pembangkang sendiri, Badrulamin menolak perkara berkenaan.

"Saya tak fikir rakan-rakan saya terlibat. Saya yakin dalam perjuangan kami bersama, mereka tidak akan khinati saya," katanya.

Pada pukul 3 petang ini Badrulamin akan hadir ke pejabat Jaip ditemani peguamnya, Ahmad Nizam Hamid bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. -mstar
Share this post :

+ comments + 4 comments

Tanpa Nama
27 Februari 2012 6:57 PTG

bodoh betul tuduhan ustaz bangang ni thadap suami pompuan tu...dah kau berdua-duaan dgn bini dia, tentu la dia tampar kau.
KAHKAHKAHKAHKAH.....

Tanpa Nama
2 April 2012 9:03 PTG

Akak rasa bini pertama yg dendam ni, si Zati tu kan kwan bini pertama. Kesian Inafiona...baik, tak ambil kisah hal orang, menjaga family dgn baik.

Tanpa Nama
2 April 2012 9:09 PTG

Aku dpt tahu dari kwn rapat Inafiona, beliau seorg yg baik, lembut sopan. Menjaga keluarganya, dia mempunyai seorg adik cacat OKU, dulu semasa dia janda..tinggal bersama keluarganya di Ampang. Menjaga ibunya yg mengidap penyakit cancer sehinggalah ibunya meninggal sebulan selepas dia menikah dgn ustaz badrulamin. Uztaz berkenan dgn dia sbb ciri2 yg ada padanya.

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger