Khalwat Dengan Isteri Orang - Badrul Amin Rela Direjam Sampai Mati!!



Pemimpin PKR Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap khalwat bersama seorang wanita dipercayai berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan, Pahang, awal pagi Sabtu.
Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz.
Mohd Ghazali berkata sekumpulan pegawai penguatkuasa Jaip tiba di hotel berkenaan kira-kira pukul 3.10 pagi sebaik menerima panggilan telefon daripada suami wanita berkenaan.
"Suami dan rakan-rakannya yang sampai di situ (hotel) dulu, sebelum Jaip tiba di lokasi yang sama untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.
Menurut Mohd Ghazali sehingga pukul 7 petang tadi pemimpin PKR tersebut masih disoal siasat oleh Jaip.
Pemimpin PKR itu pernah menggelarkan Penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi dan memegang jawatan penting dalam parti itu di peringkat negeri Selangor.
Bagaimanapun, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dipercayai dihantar pemimpin tersebut kepada pimpinan dan ahli PKR yang lain, beliau menafikan tuduhan berkenaan.
Menurut SMS berkenaan, pemimpin itu mendakwa wujudnya salah faham akibat masalah keluarga yang dihadapi wanita tersebut.
Jelas beliau, wanita berkenaan menghadapi masalah rumah tangga dengan suaminya dan sering lari dari rumah namun beliau turut menasihatinya agar pulang. -mstar
baca juga mengenai berita ini di blog :
.
Share this post :

+ comments + 3 comments

25 Februari 2012 11:58 PTG

First soalan ...ponpuan lari dari rumah ek,mcm mana ponpuan tu boleh pergi kat hotel tu...
2nd soalan Mana ponpuan tu tahu ostat tu bolih ada kat hotel tu
3th soalan Seorang ostat x kan x tah uhukum bawak org bkn muhrim kedlm bilik satu dosa besar...
4. Klu betul ponpuan tu ada masalah kenapa x jumpa die kat lobby je ,knp mesti nak bawak die masuk dlm bilik gak...

ostat x yah nak tipu ar ....

26 Februari 2012 2:00 PG

Maya jgn ikut org mcm OSTAT BADROL SETAN tu tau. Naya Maya nnt!

Tanpa Nama
26 Februari 2012 11:19 PG

ostat paspispus...jahanam perangai...

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger