Kenapa Panglima TLDM Jadi Scapegoat... Bukan SetPol Yang Seludup Seorang Blogger Bodoh Memasuki Scorpene??


Al-Kisah Scorpene, Blogger dan Panglima Armada TLDM....


Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman Panglima Armada Tentera Laut akan meninggalkan kariernya bulan depan dan tidak lagi mahu menyambung kariernya kerana 'fe-dup' terpaksa menjadi 'fall guy' dalam kes kapal selam Scorpene iaitu KD Tun Razak.

Mungkin ramai rakyat Malaysia tahu mengenai kes seorang blogger yang menaiki kapal selam Scorpene tanpa kebenaran dan kelulusan bertulis dari Kementerian Pertahanan Malaysia yang mana selepas itu ianya telah dijadikan kontroversi oleh pembangkang.

Dek kerana kebodohan blogger 'ikon' yang menyiarkan segala rakaman dan wajah-wajah kru KD Tun Razak di dalam laman blognya kerana terlalu ghairah ingin menunjukkan kepada rakyat Malaysia kononnya dialah blogger pertama yang diberi 'pengiktirafan' untuk menaiki KD Tun Razak.

Natijahnya siapa menanggung?




Paparan di atas adalah barisan ayat yang ditulis oleh blogger 'ikon' pro-kerajaan yang mana telah menyebabkan Kementerian Pertahanan Malaysia 'terduduk' seketika dari Menterinya hinggalah ke pegawai-pegawai TLDM.

Belum sempat para pegawai di Kementerian Pertahanan menarik nafas lega, mereka dikejutkan pula dengan rakaman video yang memaparkan temubual bersama kru-kru KD Tun Razak yang mana wajah-wajah mereka tidak 'dihitamkan'.

Mungkin beliau terlalu naif sehingga tidak tahu bahawa kerajaan melaburkan sehingga RM1.3 juta untuk melatih seorang kru KD Tun Razak, malah mungkin beliau juga terlalu naif sehingga gagal memikirkan kesan serta nasib yang mungkin menimpa kru-kru yang wajahnya didedahkan di dalam internet.

Eksklusif 'Ruang Sulit' KD Tun Razak dipaparkan di laman blognya hanya kerana mahu rakyat Malaysia melihat betapa hebatnya beliau. Tetapi tanpa beliau sedari sebenarnya beliau telah mendedahkan satu perkara yang TIDAK PATUT didedahkan kerana ianya melibatkan soal keselamatan negara.



Selepas semua ini terdedah, natijahnya seorang Panglima Armada Tentera Laut Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman terpaksa meninggalkan karier yang dicintainya kerana terpaksa menanggung segala kebodohan individu lain yang bernama blogger.

Jika kesilapan bodoh begini tidak dilakukan oleh seorang blogger yang menganggap dirinya sebagai 'KING' -Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman akan dinaikkan pangkat sebagai Panglima Tentera Laut iaitu jawatan tertinggi dalam TLDM.

Tapi apa boleh buat, kita bakal kehilangan seorang anggota TLDM yang komited, rajin, dedikasi dalam tugasnya. Beliau terpaksa melepaskan kerjayanya hanya kerana INDIVIDU sebenar yang membenarkan blogger no.1 pro-kerajaan menaiki KD Tun Razak tidak mahu  bertanggungjawab dan melepaskan segala kesilapannya kepada pegawai-pegawai TLDM.

Persoalannya siapa sebenarnya yang membenarkan seorang blogger menaiki KD Tun Razak tanpa kebenaran bertulis dari Kementerian Pertahanan, malah Menteri DS Zahid Hamidi pun tidak mengetahuinya kehadirannya sebagaimana ditulisnya di laman blognya?

baca selanjutnya di blog DOUBLE Y
Share this post :

+ comments + 9 comments

Tanpa Nama
28 Februari 2012 11:30 PTG

Aku teka datuk azeez....

29 Februari 2012 12:13 PG

salahhh.. hehee~~!

Tanpa Nama
29 Februari 2012 12:55 PG

Shahrul SETPOL Zahid...ngeee.. betul tak Maya?

29 Februari 2012 2:43 PG

Salam Sahabat Seperjuangan,
Mohon link ke blog kami
http://selangor13.blogspot.com
Terima Kasih :)

Tanpa Nama
1 Mac 2012 2:51 PG

MOHON LINK KE BLOG TEMAN WWW.BATU-GAJAH.BLOGSPOT.COM. TERIMA KASIH.

4 Mac 2012 11:50 PTG

Salam perjuangan. Minta sisipan link blog saya di blog saudari.
http://assassincyber.blogspot.com

TQ

Tanpa Nama
11 Mac 2012 5:24 PTG

Ada yang tak kena ni.Dari awal lagi beliau menunjukkan minat yang tinggi dalam dunia ketenteraan.Navy khususnya.Dah sampai ke peringkat 3 Bintang takkan bersara awal.Memang peluang untuk jadi panglima tentera laut amat cerah memandangkan usia dan lain akan besara.tak tahulah adakah betul-betul besara sendiri atau faktor lain....

Tanpa Nama
10 April 2012 11:56 PG

Masalahnya skrg kenapa Double Y dok menyalak menyerang Papa Gomo??
Kenapa Double Y tak menyerang setpol yg bertanggungjawab membawa masuk Papa Gomo?
Aku tahu krisis antara bos UMB dgn blogger jalanan macam Papa Gomo...
Aku tahu blogger jalanan seperti Papa Gomo terpaksa menyara hidup dengan berniaga, manakala blogger UMB macam korang disuap kenyang-kenyang...
Malah diberi tempat tinggal di Putrajaya... You don't believe?? Believe it!!
Aku tahu blogger-2 UMB ni diberi club house di Putrajaya oleh bos UMB...
Diorang dibayar gaji untuk jd blogger... Papa Gomo tak dibayar gaji dan blogging secara sukarela... Jika Papa Gomo blogging semata-mata kerana duit, dah lama Papa Gomo join blogger Pakatan Rakyat, sebab setiap blogger PR dibayar dengan bayaran lumayan.... Tak perlu lah nak sembunyikan hal ni... Just admit it...

Tanpa Nama
12 April 2012 1:13 PTG

btul la tu kan..??
ngaku jelah.... asyik tikam sama sdiri je....
ble la nak maju kalu slalu camni....

Catat Ulasan

JENDELA POP MINGGUAN

JENDELA POP BULANAN

LIVE STREAMING

JENDELA TERKINI

 
JENDELA MAYA : xxx | xxx | xxx
Copyright © 2011. ::: jendela maya ::: - All Rights Reserved
Created by Maya Izureen Malek xxxxxx
Proudly powered by Blogger